Home Berita PAS Sabah

UCAPAN PERWAKILAN SABAH SEMPENA PERBAHASAN UCAPAN DASAR PRESIDEN PAS.

1013
SHARE

UCAPAN PERWAKILAN SABAH SEMPENA PERBAHASAN UCAPAN DASAR PRESIDEN PAS.
Muktamar Tahunan PAS Kali Ke 66.
Dr Aliakbar Gulasan, Setiausaha PAS Sabah.

1) PAS Sabah ditubuhkan pada tahun 1986. Sejak ditubuhkan kita bertanding 3 parlimen pada tahun 1986, kita menerima jumlah undi yang tidak hilang wang pertaruhan.

2) ‎Daripada 1986 sehingga PRU 2018, PAS tidak pernah tidak meletakkan calon. Tidak pernah tidak bertanding dalam pilihan raya. PAS tidak pernah gagal berada dalam gelanggang pilihan raya parlimen ataupun negeri.

3) ‎Sebagaimana yang kita maklumi, pada pilihan raya kali ini PAS tidak meletakkan calon dalam pertandingan yang akan berlaku pada 26 September akan datang.

4) ‎Sepertimana yang ditegaskan oleh Presiden, Timbalan Presiden dan Ketua Pemuda PAS Malaysia, kita tidak meletakkan calon dalam pilihan raya kali ini bukan bermakna kita undur ke belakang. Bukan bermakna kita disisihkan daripada Barisan Nasional dan Perikatan Nasional. Bukan bermakna kita takut berdepan dengan musuh-musuh atau petualang-petualang yang ada di hadapan kita.

5) ‎Tetapi kita tidak hadir dalam pilihan raya kali ini kerana meraikan muafakat yang mudah-mudahan hadirnya kita dalam muafakat ini sebagai rakan yang setia untuk menjadikan perpaduan lebih kukuh.

6) ‎PAS sentiasa berada dalam senario politik yang pelbagai. PAS hadir untuk menghilangkan kekusutan, PAS hadir untuk mengurangkan konflik, PAS hadir untuk mengurangkan masalah yang dihadapi oleh manusia oleh keadaan politik semasa. Kehadiran PAS untuk memastikan ummah terbangun, masyarakat terbela dan negara dalam keadaan aman harmoni.

7) ‎Kita mengambil semua keadaan ini sebagai suatu perkiraan. Jangan kita anggap, bila kita tidak bertanding jentera kita lemah.

8) ‎Kita telah mengadakan arahan. Kita akan turun sepenuhnya ke gelanggang dan ke medan membantu bersama-sama untuk memastikan rakan kita menang, yang ia juga merupakan suatu kejayaan kita bersama.

9) ‎PAS kadang kalanya dicop sebagai parti semenanjung. Tidak selari dengan parti lokal. PAS hanya sesuai di Tanah Melayu. PAS tidak sesuai di Borneo, di Sabah Sarawak. Ini satu sentimen yg selalu dimainkan khususnya di Sabah dan Sarawak.

10) ‎Saya dengan rendah diri mohon maaf sunguh-sungguh khususnya kepada pimpinan.

11) ‎Berhati-hatilah dalam mengeluarkan kenyataan yang dalam keadaan memberi masalah kepada kami.

12) ‎Kami di Sabah dan Sarawak berhadapan dengan masyarakat pelbagai kaum majmuk yang mungkin bahasa-bahasa tersebut sesuai di Terengganu, di Kelantan , di Kedah tapi sangat tidak sesuai di Sabah dan Sarawak yang boleh menimbulkan sentimen, konflik.

13) ‎Yang berhadapan dengan masyarakat adalah kami yang membawa PAS di Sabah.

14) ‎Saya ingin menekankan ini dengan sungguh-sungguh, maaf seribu kali maaf.

15) ‎Sebab itulah sentimen ini biar kita rasa kecil tapi bila berhadapan dengan kami di Sabah ia menjadi sentimen yang besar yang boleh menyebabkan PAS terpinggir di mata masyarakat.

16) ‎Walau bagaimana pun, saya ingin berpesan kepada rakyat Sabah. Berhati-hati. Ada parti Semenanjung yang menggunakan bendera parti lokal, mereka tidak yakin dengan panji mereka, tidak berani dengan bendera mereka. Mereka takut jika menggunakan bendera sendiri, mereka akan kalah. Parti ini adalah parti pengecut wahai rakyat Sabah. Jangan tertipu dengan keadaan ini. Mereka sebenarnya berpura-pura.

17) ‎Ada satu binatang di Sabah namanya belingkasa, kalau di semenanjung dipanggil sesumpah. Belingkasa ini bertukar warna. Jangan tertipu dengan parti belingkasa parti sesumpah ini sebaliknya beri sokongan kepada BN dan PN.

18) ‎Parti belingkasa ini datang ke Sabah semata-mata untuk menyelewengkan pemikiran dan membawa aliran yg ekstremis dalam masyarakat.

19) ‎‎NGO kebajikan sangat dialu-alukan turun ke Sabah, tapi jangan lupa hubungi kami kerana kami lebih memahami sentimen, budaya Sabah yang kita boleh gabung jalinkan bersama supaya agenda sebenar kena sasaran.

20) ‎Saya minta perwakilan sebarkan hashtag #KasiJatuhWarisanPh.

21) ‎Kita meletakkan keazaman, pada bacaan awal rakan-rakan BN dan PN akan menang dalam PRN kali ini.

22) ‎Pantun

Warna putih nampak berseri,
Ditambah hijau nampak segarnya,
Undur bukan pegangan kami,
Terus mara menuju jaya.

Dari Sabah datang Kelantan,
Terus ke PUTIK bersama perwakilan,
Jentera Sabah jangan dirisaukan,
Kami setia arahan pimpinan.

Sekian, terima kasih.


Catatan :
Mustaman Bin Mustain,
Ketua Penerangan,
Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah [Official].

Taman Anggerik Perdana, Sandakan.
13 September 2020.