Home Berita PAS Wilayah

TV PAS Wilayah wadah alternatif warga kota

113
SHARE

Muhamad Abdul Fateh

WANGSA MAJU, 13 Jan: Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Ustaz Azhar Yahya telah melancarkan dua platform penerangan milik PAS Wilayah Persekutuan iaitu TV Wilayah dan Website PAS Wilayah Persekutuan, semalam.

Beliau ketika berucap di majlis pelancaran tersebut berkata, TV Wilayah dan website tersebut merupakan suatu wadah yang menggabungkan pelbagai kepakaran media untuk menyampaikan maklumat semasa dengan cepat kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya warga Wilayah Persekutuan.

“Tahniah atas pelancaran kedua-dua platform media ini dan semoga usaha bersungguh-sungguh oleh Penerangan PAS Wilayah Persekutuan ini akan membuahkan kejayaan kepada PAS dalam Pilihan Raya Umum akan datang,” katanya.

Ketua Penerangan PAS Wilayah Persekutuan, Ustaz Mohamad Suhaimi berkata program TV tersebut yang disiarkan melalui internet akan memaparkan pelbagai berita berkenaan isu semasa dan kandungan yang bermanfaat kepada masyarakat.