Home Berita PAS Wilayah

Titiwangsa rasmi serentak mesyuarat agung tahunan cawangan tahun 2023

213
SHARE

14 Januari Kuala Lumpur- PAS Kawasan Titiwangsa telah mengadakan majlis perasmian serentak mesyuarat agung tahunan cawangan 2023 di Darul Ummah, Kampung Pandan.

Majlis telah disempurnakan perasmiannya oleh Yang DiPertua PAS Kawasan Titiwangsa, Ustaz Mohamad Suhaimi Abd Aziz. Dalam ucapan perasmiannya, beliau telah menyatakan setinggi-tinggi oenghargaan kepada semua jentera yang terlibat dalam gerakerja dalam pilihanraya umum 15 yang lalu. Hasil daripada gerakerja bersepadu oleh semua entiti dlm JPrP maka PAS Titiwangsa atas nama Perikatan Nasional berjaya melonjakkan jumlah undi lebih daripada 100% berbanding jumlah undi yang diperolehi pada PRU 14.

Beliau juga ada menggariskan beberapa strategi khusus untuk mengekal serta menambahkan lagi gelombang sokongan pengundi kepada Perikatan Nasional, yang dengannya kita berpotensi untuk mencapai kemenangan di Parlimen Titiwangsa pada PRU 16 akan datang.

Selepas ucapan beliau, Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan, Tuan Hedzer Ibrahim pula telah membentangkan perkembangan terkini Pembangunan Darul Ummah (PADU), dan menggariskan beberapa langkah dan kaedah supaya dana awal sebanyak RM3 juta berjaya diperolehi. Kerjasama semua pihak samada dari dalam dan luar amat diharapkan bagi memastikan hasrat mendirikan bangunan mercutanda sendiri pertama di Wilayah Persekutuan ini tercapai.

Beliau selaku Pengarah PADU seterusnya telah menerima sumbangan beberapa cawangan PAS serta individu sebagai simbolik tanda kebersamaan untuk mendapatkan dana ini.