Home Berita PAS Sabah

Tutup aurat tidak halang berjaya dalam sukan

69
SHARE

Oleh : Nur Marlyannah Umar
7 Jun 2024, Jumaat

LAHAD DATU : Murid Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Lahad Datu telah membuktikan kepada dunia bahawa tiada halangan bagi bertutup aurat berjaya dalam sukan.

Ahli Majlis Daerah Lahad Datu Kanizam Kamis berkata dalam Majlis Penutupan Kejohanan Sukan SRITI Lahad Datu Kali Ke-3,di sini kelmarin, kejayaan cemerlang yang ditunjukkan oleh murid-murid SRITI membuktikan pakaian menutup aurat yang disarankan Islam tidak menyekat untuk mereka menempa kejayaan.

Islam tidak pernah menghalang kita bersukan bahkan menggalakkan, antara tiga sukan yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW ialah berenang, memanah dan berkuda, namun bukan bermakna sukan lain tidak menepati sunnah malah ianya juga digalakkan, tambah beliau.

Dalam perasmian penutupan tersebut, beliau turut memuji murid-murid SRITI kerana bersukan tanpa sebarang pergaduhan ataupun insiden yang tidak diingini.

Beliau juga berharap agar ibu bapa menjaga anak-anak bukan dari sudut jasmani, bahkan rohani, pastikan mereka menutup aurat dengan sempurna.

Kejohanan Sukan tahun ini telah dimenangi oleh rumah sukan Mat Kilau yang telah memperolehi 9 emas, 3 perak dan 2 gangsa, diikuti rumah sukan Tok Janggut yang telah berjaya memperolehi 2 emas, 7 perak dan 4 gangsa, seterusnya rumah sukan Dato Bahaman berjaya mengutip 2 emas, 3 perak dan 7 gangsa.

Turut hadir dalam Kejohanan Sukan tersebut, Ketua Dewan Pemuda PAS Lahad Datu Tuan Landari Labobo dan Pengerusi Jemaah Ibu Bapa dan Guru, Tuan Hasanuddin Salinri.