KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN LARUT
23 Februari 2022 | 21 Rejab 1443
TUDUHAN P RAMASAMY CEMARKAN KEHARMONIAN NEGARA
Dewan Pemuda PAS Kawasan (DPPK) Larut memandang serius di atas kenyataan provokasi dan tidak bertanggungjawab P Ramasamy terhadap kesucian agama Islam dan peranan pihak berkuasa agama negeri Perlis.
Dakwaan berlakunya paksaan dan penculikan melibatkan ketiga-tiga anak Loh Siew Hong adalah suatu yang berat dan tidak berasas tambahan pula ianya menyentuh soal akidah umat Islam. Malah ianya sesuatu yang sangat tidak wajar dikeluarkan yang mana boleh mencemarkan keharmonian kaum dan agama melibatkan masyarakat majmuk di negara Malaysia.
P Ramasamy, pemimpin DAP yang juga selaku Timbalan Ketua Menteri Negari Pulau Pinang sepatutnya memahami dan menghormati Islam sebagai agama Persekutuan yang juga tidak menafikan hak penganut lain mengamalkan agama masing-masing.
Justeru, DPPK Larut menegaskan kepada semua pihak juga agar memahami serta menghormati hak dan sensitiviti agama di Malaysia. Jangan ada mana-mana pihak yang sengaja mencetuskan provokasi ke atas mana-mana institusi atau badan agama di negara ini.
Malah apa yang lebih penting, sebagai umat Islam, marilah kita bersatu hati serta berusaha sedaya mungkin dalam mempertahan keislaman dan menyelamatkan masa depan anak-anak tersebut agar terus kekal sebagai Muslim tanpa menafikan hak penjagaan dan hubungan baik dengan ibunya.
Sekian, terima kasih
“Legasi Perjuangan”
“Memacu Perpaduan”
AHMAD FADHIL MOHAMAD
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Kawasan Larut
#KenyataanMedia
#PemudaPASLarut
#LegasiPerjuangan
#MemacuPerpaduan