Home Berita PAS Perak

Tuduhan Ngeh Melampau | Kenyataan Media PAS Perak

39
SHARE
πŠπ„ππ˜π€π“π€π€π πŒπ„πƒπˆπ€ 𝐏𝐀𝐒 ππ„π‘π€πŠ
𝐓𝐔𝐃𝐔𝐇𝐀𝐍 𝐍𝐆𝐄𝐇 πŒπ„π‹π€πŒππ€π”
PAS Perak menzahirkan simpati kepada Dato’ Ngeh Koo Ham atas musibah yang menimpa beliau. Dilaporkan tiga buah kereta milik Dato’ Ngeh telah terbakar dipercayai perbuatan khianat. PAS Perak berharap kes ini dapat diselesaikan dengan segera oleh pihak PDRM.
PAS Perak juga mengikuti secara dekat kes ini melalui respon akhbar Dato’ Ngeh. Respon Dato’ Ngeh mengaitkan Perikatan Nasional dengan kejadian tersebut sangat dikesali. Tindakan Dato’ Ngeh mendahului siasatan pihak polis adalah tanda beliau tidak memberi kepercayaan penuh terhadap profesionalisme Polis Di Raja Malaysia (PDRM).
Membuat tuduhan untuk meraih sentimen politik dengan kejadian jenayah adalah bersifat melulu dan melampau. Tuduhan Ngeh seakan menyambung tuduhan Nga Kor Meng bahawa PAS adalah Taliban. Ngeh juga dilihat cuba menggambarkan imej buruk bukan hanya kepada PN tetapi juga islam kerana dikaitkan dengan isu kebiadapan beliau mencampuri urusan Islam baru baru ini.
PAS Perak menyeru beliau agar bertenang dalam menghadapi musibah dan tidak menunding jari kepada pihak lain. Sewajarnya beliau tidak membuat tuduhan yang boleh mengapikan sentimen agama susulan kenyataan beliau sebelum ini. Semoga kes ini dapat diselesaikan dengan segera dan berilah kepercayaan kepada pihak polis menguruskan isu jenayah secara profesional tanpa dikaitkan dengan sentimen simpati politik.
β€œ π€πƒπˆπ‹ ππ‘πˆπ‡π€π“πˆπ ππ„π‘πŠπ„ππ€π‰πˆπŠπ€π ”
𝐘𝐁 𝐇𝐉 π‘π€π™πŒπ€π 𝐁𝐈𝐍 π™π€πŠπ€π‘πˆπ€
ππ„π’π”π‘π”π‡π‰π€π˜π€
𝐏𝐀𝐒 ππ„π†π„π‘πˆ ππ„π‘π€πŠ
𝟏𝟎 π‰π€ππ”π€π‘πˆ πŸπŸŽπŸπŸ’ / πŸπŸ” π‰π€πŒπ€πƒπˆπ‹ π€πŠπ‡πˆπ‘ πŸπŸ’πŸ’πŸ“