Home Berita PAS Pahang

Gotong royong bantu selesai masalah jalan raya

27
SHARE

Oleh : KASDI KOSNIM

SEMAMBU, 10 Jan :  Hujan lebat boleh menyebabkan air longkang melimpah ke jalan raya dan bertakung dan menjadi punca berlakunya kemalangan jalan raya.

Pemandu kenderaan terpaksa mengelak ketika melalui jalan tersebut, justru boleh membahayakan penjalan kaki dan kenderaan lain yang lalu di situ.

Sampah-sarap, parit yang telah dipenuhi rumput menjadi punca aliran air tersumbat dan tidak dapat menampung air apabila hujan lebat.

Mengambil sikap prihatin, petugas Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) PAS DUN Semambu telah mengambil inisiatif membersihkan parit di kawasan tersebut.

Gotong royong telah diadakan bersama Ahli Jawatankuasa PAS Cawangan Kampung Padang dan Kawasan Rukun Tetangga Taman Kampong Padang Jaya (KRT) serta penduduk sekitarnya.

Semangat gotong-royong ini telah memberi manfaat yang baik kepada penduduk setempat dan pengguna jalan raya umumnya.