Home Berita PAS Terengganu

Tubuh Unit Penyelidikan setiap DUN

48
SHARE

KUALA TERENGGANU  PAS Terengganu – Setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) perlu menubuhkan unit penyelidikan membantu semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mendapatkan fakta dan maklumat terutama sewaktu menghadapi sidang DUN.

Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Dato’ Yahaya Ali berkata, unit penyelidik membantu semua ADUN untuk membuat kajian berkenaan hal ehwal sidang Dewan Negeri.

“Walaupun pejabat DUN kita telah mempunyai seorang pegawai penyelidik tetapi untuk jangka panjang kita memerlukan tambahan kakitangan bagi memberi khidmat terbaik kepada Ahli Yang Berhormat (AYB).

“Membantu jawatankuasa pilihan yang ditubuhkan serta kerja-kerja penyelidikan yang lain,” jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu, Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima, Dewan Undangan Negeri Terengganu Keempat Belas (Bajet), di Wisma Darul Iman, pada hari ini.

Menurutnya, persidangan ini berlangsung selama empat hari bermula pada 28 November 2022 hingga 1 Disember 2022.

Selain itu, Badan legislatif di peringkat Parlimen dan DUN mestilah berusaha meningkatkan peranan membantu pihak kerajaan terutama melalui penubuhan jawatankuasa pilihan (select committee) dalam menangani isu-isu yang penting.

“suatu persetujuan dasar telah dicapai supaya badan legislatif samada Parlimen dan DUN mestilah berusaha meningkatkan peranan membantu kerajaan terutama melalui penubuhan jawatankuasa pilihan (select committee) dalam menangani isu-isu yang penting.

“Terpulanglah kepada pihak kerajaan untuk membuat penilaian dan tindakan atas apa-apa dapatan (finding) dan laporan yang dikemukakan kepada pihak dewan nanti,” ujar beliau.

Beliau menambah, persidangan Speaker-Speaker Parlimen dan DUN SeMalaysia bersetuju untuk meningkatkan lagi kerjasama antara Parlimen dan DUN dan satu program besar Simposium di peringkat nasional akan diadakan, di mana negeri Terengganu menjadi tuan rumah.

“Saya berpendapat, ada kemungkinan sidang DUN kita pada kali ini merupakan sidang yang terakhir sebelum kita menghadapi pilihanraya tersebut.

“Tetapi kita masih mempunyai masa dan peranan samada dari pihak kerajaan mahu pun pembangkang untuk terus membangunkan negeri kita sebelum tiba waktu tersebut,” tambah beliau.