TTS: Penerangan Santai Matlamat Sampai
BUKIT GANTANG: Teh Tarik Session telah diadakan serentak di lima kawasan dalam Zon Utara sempena Jelajah Hijau 1.0, 12 November lalu.
Penerangan santai yang disusun menampilkan panel dalam kalangan pimpinan PAS Kawasan dan Pemuda PAS Negeri Perak .
Penjelasan berkaitan isu-isu semasa dan pencerahan tentang BPMS, WINS 2051 dan Dokumen Hijau.
Ternyata pendekatan santai menarik minat masyarakat setempat untuk turut sama mendengar dan melontarkan pandangan untuk memastikan masa depan negara akan datang lebih baik.
Mengikut arus kemajuan semasa TTS juga disiarkan secara langsung melalui aplikasi LIVE Facebook bagi berkongsi pengisian bersama.