Tradisi bubur Asyura erat silaturrahim bersama penduduk
BUKIT GANTANG – Setiap kali tiba bulan Muharam, pastinya tradisi bubur asyura diteruskan dengan semangat kejiranan, kemasyarakatan serta semangat kekitaan melalui perkongsian tenaga atau kos perbelanjaan.
Menerusi tradisi itu, Lajnah Kebajikan PAS Bukit Gantang dengan kerjasama Pusat Khidmat Ahli Parlimen akan mengadakan program bubur asyura yang diedarkan di pasar malam sekitar Parlimen Bukit Gantang.
Program bubur asyura ini akan diadakan selama 2 minggu mulai 9 Oktober sehingga 20 Oktober 2017.
Ironinya , program ini bukan sahaja menyaksikan keberadaan kepimpinan Pas Kawasan dengan masyarakat setempat bahkan ia memupuk sifat bersedekah.
Program bubur Asyura ini diketuai oleh Ahli parlimen Bukit Gantang , YB Ustaz Idris Ahmad bersama-sama YDP PAS Bukit Gantang , Ustaz Muhammad Faisal Abdul Rahman , Ustaz Nordin Jaafar , Tuan Haji Rahim Ismail , barisan kepimpinan PAS Kawasan , pemuda dan Muslimat .
Program ini dilakukan bagi meraikan bersama masyarakat setempat di samping merapatkan ukhwah silaturrahim antara wakil rakyat serta masyarakat sekeliling.