Home Berita PAS Selangor

Tolong jaga kesucian istilah syura! – YDP PAS Kawasan Sungai Buloh

197
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Sungai Buloh

Oleh : Zaharudin Muhammad
YDP PAS Kawasan Sungai Buloh

Sejak seminggu dua ini, banyak kali saya dengar istilah pemilihan secara syura atau demokrasi. Syura yang dia maksudkan, pihak pimpinan yang sedia ada sekarang senaraikan nama dan meminta semua pihak terima dan melarang ada pertandingan. Jika ketetapan ini dibuat, barangsesiapa melanggarnya, maka dianggap melanggar syura.

Sebenarnya, cara ini namanya veto atau istibdad dalam bahasa arab dan juga dalam bahasa fekah. Syura ni maksud bahasa ialah bincang dan maksud syariat juga sama, iaitu bincang. Dalam etika fekah, melantik pemimpin mesti ada ijab (cadang) dan mesti ada qabul. Cuma qabul ini dalam istilah muamalat tetapi dalam istilah hukum fiqah, bila bab perlantikan pemimpin, namanya baiah.

Istibdad (paksaan terima) bukan cara Islam dan bukan syura yang dimaksudkan dalam kitab-kitab fekah. Jadi kita perlu jaga istilah syura yang suci dengan tidak menggunakannya dengan maksud veto atau istibdad.

Perkara ini saya telah tulis sejak 2017 lagi dan boleh rujuk semula link di bawah:-

https://www.facebook.com/312456128784829/posts/1528285157201914/

Tambahan pula, jika kita senarai nama pemimpin dan melarang ada pertandingan, jika ada yang cukup pencalonan kita tolak, ia bukan sahaja tidak syura, tetapi ia juga salah dengan perlembagaan dan boleh menyebabkan “masalah” dengan ROS.

Saya hanya memberikan pandangan sekadar yang saya faham daripada pengajian saya dengan merujuk semula kepada kitab2 sebagaimana dalam tulisan saya 2017. Jadi jika silap, sila betulkan dengan hujah dan rujukan juga, insyallah saya tarik balik. Tetapi jika hujahnya ialah ustaz itu berkata ustaz ini berkata, dengan maaf kita tidak boleh terima kerana hukum berdasarkan dalil daripada quran dan sunnah yang diulas oleh fekah, bukan bersumberkan ustaz (jika dia tiada dalil).

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor