Home Kenyataan Media PAS Pulau Pinang

Tolak normalisasi perjudian

202
SHARE

Dewan Muslimat PAS Negeri (DMPN) Pulau Pinang amat terkilan dengan iklan Hari Raya yang mempromosikan aktiviti perjudian yang tular baru-baru ini.

Iklan ini secara jelas menghina agama Islam serta kemuliaan bulan Ramadhan dengan berlatarkan situasi masyarakat Melayu Islam.

Judi adalah haram disisi Islam, malahan kepada institusi perundangan shariah negara, seterusnya mengundang bahaya pelbagai penyakit sosial yang tidak berkesudahan kerana matlamat tidak menghalalkan cara.

Kami dengan tegas menolak sebarang usaha normalisasi kegiatan judi di kalangan masyarakat di negara ini terutamanya melibatkan umat Islam.

Dengan ini, DMPN Pulau Pinang menegaskan agar semua pihak mengambil serius isu ini agar tidak berulang lagi serta mengeratkan perpaduan dan persefahaman dikalangan masyarakat majmuk agar keharmonian negara dapat dipelihara.

‘Islam Memimpin Wanita Sejahtera’

Ustazah Hasanah Idrus
Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Pulau Pinang