Home Kenyataan Media PAS Johor

Tolak kerjasama DAP-PH

158
SHARE

KENYATAAN MEDIA PAS JOHOR

PAS JOHOR TOLAK KERJASAMA DAP-PH

Firman Allah SWT :

وَلَا تَرْكَنُوْٓا اِلَى الَّذِيْنَ ظَلَمُوْا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُۙ وَمَا لَكُمْ مِّنْ دُوْنِ اللّٰهِ مِنْ اَوْلِيَاۤءَ ثُمَّ لَا تُنْصَرُوْنَ.

Mafhumnya : “Dan janganlah kamu cenderung kepada orang yang zalim (menyalahi batas syariat) yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, sedangkan kamu tidak mempunyai penolong selain Allah, (tindakan kamu cenderung kepada kezaliman) mengakibatkan kamu tidak akan diberi pertolongan”. Surah Hud : 113

Islam agama yang lengkap dan melengkapi segenap lapangan kehidupan manusia sama ada dalam urusan agama mahu pun urusan kehidupan.

Segala urusan kehidupan manusia berkait juga dengan dosa dan pahala termasuklah urusan pentadbiran negara.

Justeru Islam menjanjikan keadilan untuk semua.

Ini terbukti pada zaman pemerintahan Baginda Rasulullah SAW, Khulafaa’ Ar-Rasyidin, Bani Umayyah, Bani Abbaasiyyah, Kerajaan Uthmaniah dan kerajaan Islam yang lain.

Ini juga dibuktikan dalam pemerintahan kerajaan Islam di negeri Kelantan selama lebih 30 tahun.

Walaupun bidang kuasa negeri terhad, namun ianya dipergunakan sebaiknya untuk manfaat semua pihak termasuk bukan Islam.

Jumlah mereka yang kecil (dalam lingkungan 5% sahaja), namun kebajikan dan hak mereka dijaga termasuk hak beragama.

Inilah kesyumulan dan kebijaksanaan pentadbiran berasaskan Syariat Allah SWT.

Pengalaman berada di bawah pentadbiran Pakatan Harapan PH sepanjang 22 bulan, banyak menimbulkan polemik, kegusaran, kekeliruan dan campur tangan yang tidak sepatutnya.

Amar Maaruf dan Nahi Mungkar dikesampingkan.

Kebejatan sosial bercambah.

LGBT muncul dengan bebas.

Pengaruh fahaman yang merosakkan berlaku di sana sini.

Munculnya perbuatan menghina agama Islam dan Rasulullah SAW yang tidak terkawal.

Ini hanya sebahagian kecil sahaja contoh kebobrokan PH yang didominasi DAP.

Justeru, PAS Johor dengan TEGAS menyokong penuh pendirian PAS Pusat menolak sebarang kerjasama dengan DAP-PH dalam menghadapi Pilihanraya Umum PRU ke -15.

PAS Johor terus teguh menggerakkan usaha penyatuan ummah yang menyeluruh bagi memastikan kuasa pemerintahan negara kekal berada pada tangan orang Melayu Islam Bumiputera.

‘Malaysia Sejahtera’

ABU IRFAN MUHAMMAD AL-URDUNI,

Ketua Penerangan PAS Negeri Johor.

21 Safar 1444 / 18 September 2022

#IslamAdilUntukSemua

#IslamMenyatukanUmmah

#PrihatinBerkebajikan

#BebasRasuah