Home Berita PAS Melaka

Jelajah Kasih PAS, kunjung 300 rumah di DUN Kelebang – Rafie

110
SHARE

Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Tangga Batu, Rafie Ahmad

Oleh IBNU JANIE

TANGGA BATU, 18 Sept: Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Tangga Batu, Rafie Ahmad berkata, sebanyak 300 buah rumah telah berjaya disantuni dalam program Jelajah Kasih PAS, yang berlangsung di sekitar Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelebang, Parlimen Tangga Batu, di sini, pagi tadi.

Menurut beliau, program ini bertujuan untuk menyantuni pengundi di dalam kawasan ini dan melakukan proses rutin culaan pengundi.

“Alhamdulillah pada pagi ini kita berjaya melaksanakan Program Jelajah Kasih anjuran bersama PAS Negeri Melaka dan PAS Kawasan Tangga Batu sebagai tuan rumah dengan dibantu PAS Kawasan-kawasan lain.

“Tujuan kita mengadakan program ini tak lain tak bukan adalah untuk kita menggerakkan jentera pilihan raya bagi fokus melakukan kerja-kerja culaan.

“Jadi di peringkat Parlimen Tangga Batu kita telah memilih DUN Kelebang sebagai tuan rumah dan kita telah menziarahi hampir 300 buah rumah dan mendapatkan maklumat dan maklum balas yang baik daripada pengundi,” ujar beliau.

Rafie yang juga merupakan Pengarah Jentera Pilihan Raya PAS Parlimen Tangga Batu menambah, PAS dan Perikatan Nasional akan terus memperkasakan agenda merakyatkan PAS melalui program-program kemayarakatan seperti ini dari semasa-ke semasa.

“Kita akan turun ke DUN-DUN yang lain (dalam Parlimen Tangga Batu) untuk kita gerakkan jentera-jentera kita, di samping untuk kita mempertingkatkan culaan sehingga 80 peratus,” katanya lagi kepada WARM-Berita PAS seusai program ini tengah hari tadi.

Terdahulu, beliau telah memberikan taklimat kepada semua jentera terlibat semasa majlis pelancaran program ini yang berlangsung di dewan Balai Islam Bukit Rambai sekitar jam 9.30 pagi.

Para petugas yang hadir dari seluruh Melaka telah dibahagi-bahagikan kepada Unit-unit Daerah Mengundi (UDM) di dalam DUN Kelebang bagi mengunjungi rumah-rumah pengundi bagi menjalankan culaan dan mendapatkan maklumat pengundi.

Di dalam majlis yang sama Timbalan Pesuruhjaya-2 PAS Melaka, Ustaz Imran Abdul Rahman turut menyampaikan taujihat sebagai bekalan motivasi kepada para petugas dan melancarkan program ini.

Antara pimpinan negeri yang terlibat ialah Timbalan Pesuruhjaya-1 PAS Melaka yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Tangga Batu, Bakri Jamaluddin, Timbalan Pesuruhjaya-3, Ustaz Sudin Nooh, Ketua Penerangan, Ustaz Abu Naufal Nordin, Ketua Dewan Muslimat, Kintan Man, Bendahari, Mohsin Ibrahim, Pengarah Pilihan Raya, Ir Hanim Abas dan mantan calon PAS DUN Serkam, Ustaz Ahmad Bilal Rahudin.


TAKLIMAT DAN PELANCARAN


PEMBAHAGIAN KUMPULAN


BERTEMU AL-MALAK DAN PENGUNDI

 

Para penyumbang yang budiman. Keseluruhan projek ini iaitu membina sebuah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat; sebuah bangunan tandas dan membaik pulih bangunan asal sedia ada semuanya bernilai RM900 ribu.

Buat masa ini sedang disiapkan ialah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat yang bernilai RM450 ribu daripada jumlah keseluruhan RM900 ribu.

Pada masa ini pihak kami sangat memerlukan sebanyak RM180 RIBU bagi meneruskan pembinaan dewan terbuka ini untuk MEMBELI STRUKTUR BESI SEBERAPA CEPAT YANG BOLEH untuk menyiapkan dewan terbuka ini. Kami memohon dan merayu sumbangan tuan-tuan dan puan-puan untuk tujuan ini.

Para dermawan yang sudi untuk menghulurkan sumbangan boleh menyumbang kepada akaun Bank Rakyat – PAS Kawasan Masjid Tanah di nombor akaun 1101 6481 22.

Sebarang informasi, para penderma boleh berhubung dengan Ustaz Imran sendiri di talian 019-680 6707 atau Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Kompleks, Jamarudin Ahmad di talian 012-697 2328 atau Bendahari Jawatankuasa Pembinaan, Ustaz Azmi Sambul di talian 013-378 4729.

JAWATANKUASA PEMBINAAN KOMPLEKS PAS KAWASAN MASJID TANAH