Home Berita Dewan Ulamak PAS Pusat

Tokoh Ulamak, Profesional Serta Aktivis Masyarakat Perjuangkan Tuntutan Warga Kota

2053
SHARE

Tokoh Ulamak, Profesional Serta Aktivis Masyarakat Perjuangkan Tuntutan Warga Kota

Oleh: Aishah Halim

Majlis pengisytiharan calon PRU-14 PAS Wilayah Persekutuan telah berlangsung semalam di Dewan Dato’ Fadzil Noor, Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM).

PAS bersama Gagasan Sejahtera akan bertanding untuk 9 kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan. 7 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 1 di Wilayah Persekutuan Labuan dan 1 di Putrajaya.

Berikut merupakan senarai calon PAS yang akan bertanding kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan:

1) P 115: BATU
USTAZ AZHAR YAHYA

2) P 116: WANGSA MAJU
HJ RAZALI TUMIRAN

3) P117: SEGAMBUT
USTAZ MUHAMMAD SOLEH ABDUL RAZAK

4) P 118: SETIAWANGSA
USTAZ UBAID HJ ABDUL AKLA

5) P 119: TITIWANGSA
HJ MOHAMMAD NOOR B MOHAMMAD

6) P 121: LEMBAH PANTAI
TN HJ LAR FAUZI ABU BAKAR

7) P 124: BANDAR TUN RAZAK
DR. HJH ROSNI ADAM

8) P 125: PUTRAJAYA
PROF. HJ ZAINAL ABIDIN KIDAM

9) P 166: LABUAN
HJ AHMAD JUNIT AHMAD ALIT

Setelah selesai pengumuman calon, majlis diteruskan dengan bai’ah yang dipimpin oleh Pesuruhjaya Wilayah Persekutuan, Haji Mohammad Noor bin Mohammad.

Bai’ah merupakan janji taat setia bukan sekadar kepada pengundi dan jentera tetapi juga sebagai janji kepada Allah SWT agar mematuhi kepada hukum Allah dan Rasul-Nya serta arahan pucuk pimpinan parti selagi tidak bercanggah dengan ajaran Islam.