Home Berita Dewan Ulamak PAS Pusat

Tokoh Ulamak Muda, Bekas Pensyarah Taruhan PAS di DUN DAMAK

5851
SHARE

Tokoh Ulamak Muda, Bekas Pensyarah Taruhan PAS di DUN DAMAK

Oleh : Ibnu Rahim

Ustaz Zuridan Bin Mohd Daud bukanlah satu nama yang asing lagi bagi rakyat di kawasan Jerantut, Pahang. Beliau merupakan tokoh masyarakat dan bakal bertanding di N.10 Damak pada kali ini.

Berbekalkan ilmu, pengalaman dan pengajian yang telah dipelajari, melayakkan beliau untuk menjadi pimpinan di masa akan datang.

Berikut ialah tahap pendidikan beliau :

● SK Jengka 16, Bandar Pusat Jengka
● SK Bandar Jerantut Pahang
● Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar, Jerantut
● Universiti Hassan 2, Casablanca, Morocco
● Universiti Al-Bayt Jordan
(Ijazah Sarjana Undang Undang & Pengajian Feqah)

Aura kepimpinan beliau mula disemai dan digarap sejak menjadi mahasiswa lagi. Berikut merupakan keterlibatan beliau dalam beberapa persatuan :

● Mantan Presiden Persatuan Mahasiswa Malaysia Maghribi
● Mantan Penasihat Persatuan Kebajikan Anak-anak Pahang Jordan
● Mantan Penasihat Mahasiswa Malaysia Universiti Yarmouk Dan Universiti Al-Bayt, Jordan

Selain itu, dari sudut kerjaya pula beliau merupakan Mantan Pensyarah Kolej IKIP, Yayasan Pahang dan kini bertugas sebagai Mudir Maahad Dirasat Diniyyah (MADAD) Jerantut, Pahang.

Antara jawatan politik yang pernah diamanahkan :

● AJK Dewan Ulama PAS Pusat
● AJK Dewan Ulama PAS Pahang
● AJK Perhubungan PAS Pahang
● Ketua Lajnah Tarbiah PAS Pahang
● Timbalan YDP PAS Kawasan Jerantut

Bekas Pensyarah Universiti Malaysia Pahang ini bakal menggalas amanah dengan penuh komited dan tanggungjawab jika diberi peluang oleh rakyat pada PRU 14 kali ini.