Tumbuk sambal sampai lumat,
Sambal ditumbuk oleh muslimat,
Pemuda Tambun mesti kuat,
Sekuat KP Tambun yang memang hebat.
Ini pantun akhir saya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Dewan Pemuda Pas Kawasan Tambun semalam dan demi menjawab pantun yang dijual oleh Hafez Sabri.
Beberapa titipan saya kongsikan dengan anak muda semalam.
1) Program Tarbiyyah jangan tinggal walaupun pada waktu Pilihanraya. Inilah kekuatan kita anak muda PAS. Roh kekuatan Nabi SAW apabila berhadapan dengan kesusahan dan semasa berada di tampuk kekuasaan.
2) Bantu Pimpinan kita walau senang walau susah, walau menang walau kalah. Waktu kalah, kita dokong, waktu menang kita bantu isi kemenangan dengan roh Islam.
3) Anak muda perlu menjadi Pemuda yang ada sifat السمع والطاعة, sepertimana anak2 muda zaman Nabi SAW yang hebat mempertahankan Nabi yang kadangkala merahsiakan kerja buatnya apabila berhadapan dengan beberapa situasi yang mungkin tidak dapat difahami pada awalnya oleh mereka.
4) Anak muda juga perlu berjiwa besar, berlapang dada seperti Nabi Rasulullah SAW yang memaafkan Ikrimah bin Abu Jahal walau dimusuhi, mahu dibunuh dengan hasad dari kecil hingga besar yang mana hikmahnya ikrimah lah yang menjadi antara anak muda hebat memecahkan benteng musuh di dalam peperangan hunain.
Semoga kekuatan roh perjuangan ini akan memantapkan keimanan kita bagi berdepan dengan pelbagai mehnah dan tribulasi InsyaAllah.
Anak-anak muda, anda semua hebat dan ‘ohsem’.