Home Berita PAS Negeri Sembilan

Tips: Doa Ringkas Nabi Minta 3 Perkara

2593
SHARE
Kredit: FB SRITI Lavender

1. Selain bangun pagi, gosok gigi, cuci muka dan mandi, (ini lagu anak saya hari-hari); mulakan pagi dengan doa.

2. Selain badan perlukan aktiviti. Hati kita juga perlu diisi dengan amalan. Amalan hati yang utama ialah ikhlas dan tawakkal. Inilah yang kita baca dalam tiap-tia kali baca surah al-Fatihah ayat ke-5.

3. Ikhlas itu pada ibadah kita. Tawakkal itu pada doa dan munajat kita. Badan hidup dengan aktiviti cergas, hati hidup dengan amal ikhlas.

4. Berdoa ini banyak. Tapi biarlah betul-betul berdoa, bukan takat membaca doa. Jangan pula bermalas-malasan. Ada kawan sekolah dulu dia angkat tangan dan doa “Ya Allah, macam biasalah”. Macam itu doa dia. Aduhai…

5. Doa terbaik sudah pasti dari Nabi Muhammad SAW. Antara doa nabi ialah 3 perkara: 1) diampunkan dosa. 2) diluaskan rumah 3) diberkati rezeki.

6. Mintalah dosa diampunkan. Dosa merosakkan hati. Harta dan hidup boleh rosak bila hati tak dijaga. Hati akan lapang dan tenang bila dosa dijauhi dan diampunkan Allah.

7. Mintalah rumah diluaskan. Agar keluarga hidup dengan selesa. Tapi kita semua tahu rumah Nabi SAW tidaklah seperti rumah kita, malah lebih kecil lagi. Jadi yang penting bukan pada binaannya, tapi pada hati yang merasa cukup (qanaah) dan redha. Ada juga ulama mengatan maksud ‘rumah’ itu ialah kubur. Kerana disitulah rumah terakhir kita di dunia.

8. Mintalah diberkati rezeki. Mizan rezeki dalam diri manusia ialah usaha sebaik mungkin. Jadi usahakan rezeki yang baik, bertambah dan diberkati Allah SWT.

9. Lafaz doanya:

‏اللّهمَّ اغفرْ لي ذَنْبي، ووسّعْ لي في دارِي، وبارك لي في رزقِـي.

[Transliterasi Ejaan Rumi : Allahummaghfirli Zanbi, Wa Wassi’ li Fi Dari, Wa Barikli Fi Rizqi]  ‏

Semoga hidup terus kuat berusaha, dan hati terus teguh berharap pada Allah.

Farid Hadhari
Kerja sehabis usaha.

Disunting daripada : Facebook

1. Selain bangun pagi, gosok gigi, cuci muka dan mandi, (ini lagu kakak icah hari-hari); mulakan pagi dengan doa. 2….

Posted by Farid Hadhari on Friday, January 3, 2020