Home Berita PAS Kedah

Pemuda PAS Malaysia beri peti ais dan mesin basuh baru untuk mangsa banjir

161
SHARE

KUPANG – Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) terus memberi keutamaan akan kebajikan mangsa banjir di kawasan Baling melalui program-program yang telah disusun oleh Lajnah Kebajikan DPPM.

Baru-baru ini, Dewan Pemuda PAS Malaysia melalui Lajnah Kebajikan DPPM telah menghantar beberapa peti ais dan mesin basuh yang baru kepada mangsa banjir Baling.

Sumbangan ini telah disampaikan sendiri oleh Ketua Pemuda DPPM, Yang Berhormat Ustaz Ahmad Fadhli Shaari, Timbalan Ketua Pemuda DPPM, Ustaz Afnan Dato’ Taib Azamuddin dan Pengerusi Lajnah Kebajikan DPPM, Ustaz Nurul Amin Hamid.

Antara penduduk kampung yang terlibat dalam program serahan hari ini adalah Kampung Landak, Kampunh Bendang Becah, Kampung Tanjung, dan Kampung Tanah Periuk Kupang.

Terima kasih kepada semua penyumbang yang telah menaja bagi kelancaran semua program-program yang telah berjaya dilaksanakan melalui Lajnah Kebajikan terutama untuk bencana banjir kali ini.

Alhamdulillah, sumbangan yang telah diberikan telah memberi kelancaran dalam misi kebajikan melibatkan operasi OpsCuci, operasi memberi sumbangan barangan keperluan asas kepada mangsa banjir.