Tingkat amal, buru Lailatul Qadr
“Ya Allah, rezekikan kami Lailatul Qadr pada tahun ini dan juga pada setiap tahun. Dan bantulah kami untuk menghidupkan dan membangunkan malamnya dengan rahmat-Mu, Wahai yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.”
1. Lailatul Qadr merupakan malam yang khusus pada bulan Ramadhan, yang dikurniakan Allah SWT buat hamba-hambaNya. Ia merupakan malam yang menjadi rebutan oleh semua umat Islam. Ini kerana pada malam tersebut Allah telah menjanjikan fadhilat yang teramat besar buat sesiapa yang menghidupkannya, iaitu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan.
2. Marilah sama-sama kita menghayati sabda Rasulullah SAW yang telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah: “Sesiapa yang menegakkan malam Lailatul Qadar kerana iman dan mengharapkan pahala, maka akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu”
3. Meniti baki akhir bulan Ramadan ini, Dewan Muslimat PAS Negeri Perak menyeru kepada semua muslimin muslimat untuk sama-sama merebut kehebatan serta kelebihan beribadah pada 10 malam terakhir, bagi memburu malam Lailatul Qadr ini.
4. Rasulullah SAW bersabda, bahawa Allah SWT telah berfirman, “Wahai anak Adam, lapangkan masamu untuk beribadat kepada Ku. Nescaya Aku akan penuhkan dadamu dengan kekayaan dan Aku akan hapuskan kefakiranmu. Jika tidak, Aku akan penuhkan dadamu dengan berbagai-bagai kesibukan dan kefakiranmu tidak akan hilang.”
5. Justeru, marilah kita sama-sama memanfaatkan baki akhir Ramadan dengan menghidupkan 10 malam terakhir ini dengan mendirikan solat, berzikir, membaca al quran, berdoa dan bertaubat memohon keampunan Allah SWT dengan sebenar-benar taubat. Semoga Allah memilih kita termasuk dalam kalangan mereka yang dapat bertemu dengan malam Lailatul Qadar.
“Prove our faith in the promise of Allah and our Prophet by striving to obtain the benefits of Lailatul Qadar which is a very precious gift from Allah❤️”
“Islam Memimpin, Wanita Sejahtera”
Ustazah Hasna’ binti Ab Samad
Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Negeri Perak
16 Mei 2020 | 23 Ramadan 1441H