Home Artikel Dewan Ulamak PAS Pusat

Tindakan Tegas Cegah Insiden Pemandu Mabuk

392
SHARE

EWAN Ulamak PAS Pusat (DUPP) menggesa pihak kerajaan untuk memandang serius insiden demi insiden yang membabitkan kemalangan disebabkan pemandu dalam keadaan mabuk agar bertindak segera dalam menghalang kejadian yang tidak diingini seperti berulang kembali.

Insiden yang melibatkan pemandu mabuk bukanlah perkara baru tetapi telah lama dan sepatutnya perkara ini telah pun diambil tindakan oleh pihak kerajaan bagi menjamin keselamatan nyawa dan harta benda masyarakat umum yang tidak berdosa dari menjadi mangsa kejadian.

Arak menjadi punca segala kerosakan. Tidak pelik ia disebut sebagai ibu segala keburukan. Sayiduna Uthman berkata:

اجتنِبوا الخمر؛ فإنَّها أمُّ الخبائث

“Jauhilah arak, sesungguhnya ia merupakan ibu segala keburukan”

(Riwayat an-Nasa’i)

Sehubungan insiden yang berlaku ini, DUPP mendesak agar pusat hiburan dan premis serta kedai makan yang menjual arak atau minuman keras mestilah ditutup bagi mencegah wujudnya mana-mana individu atau pemandu mabuk yang berada di tengah kota masyarakat atau atas laluan jalan sehingga memudaratkan pihak lain.

Ini bertepatan dengan kaedah:

الوقاية خير من العلاج

“Mencegah lebih baik dari merawat”

Selain itu juga, pihak kerajaan dicadangkan untuk mengambil tindakan tegas seperti:
i.     Mewujudkan penguatkuasaan tegas bagi mencegah penjualan arak secara terbuka.
ii.     Mengenakan penalti yang lebih tinggi bagi mendidik peminum di kawasan terbuka atau di luar premis kediaman mereka.
iii.     Menjatuhkan hukuman yang lebih berat terutama yang melibatkan kematian jika disabitkan kesalahan dengan mabuk.

Sekian.

YB DR NIK MUHAMMAD ZAWAWI SALLEH
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat
Ahli Parlimen Malaysia (Pasir Puteh) –