Home Berita PAS Terengganu

Tindakan tegas bagi yang terlibat amalan khurafat

51
SHARE

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) sentiasa memantau dan mengawal ketat isu-isu yang berkaitan dengan amalan khurafat.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah memaklumkan setakat ini tiada laporan berkaitan amalan khurafat yang direkodkan di Terengganu.

“Amalan khurafat seperti menyembah kubur tidak lagi berlaku pada masa kini, sekiranya ada sekalipun masyarakat awam pasti akan sedar dan maklum berkenaan hal itu.

“Kita akan mengambil tindakan yang tegas sekiranya timbul juga isu-isu berkait dengan amalan khurafat yang berada di dalam negeri ini,” katanya kepada media selepas merasmikan Program Hari Terbuka NGO Islam Terengganu 2022 di Duyong Marina Resort, Kuala Terengganu di sini hari ini.

Mengulas lanjut berkenaan isu segelintir remaja dikatakan mempersenda agama, Mohd Nor berkata semua masyarakat berperanan menjadi penyebar dakwah.

Sementara itu, Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah Dan Wanita, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Azhar Yahya berkata program tersebut mengumpulkan sebanyak 58 buah NGO dakwah itu bagi menyemarakkan usaha dakwah secara holistik.

“YADIM yang berperanan sebagai agensi dakwah akan membantu dalam membendung pelbagai masalah khususnya masalah yang berkait dengan agama.

“Perkara yang melibatkan penguatkuasaan undang-undang pula akan diserahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan,” ujarnya.