Home Rencana PAS Perak

Tiga masjid tertua yang berusia lebih dari 400 tahun di Malaysia yang masih kukuh binaanya

283
SHARE

Berikut merupakan 3 masjid yang
usianya melebihi 400 tahun paling
Tertua dan Masih kukuh sehingga
kini di Malaysia. Antaranya ialah
masjid Raja di Lenggong, masjid
Kampung Laut di Nilam Puri dan
ketiga ialah Masjid Kuala Dulang
di Jelebu.

01) Masjid Kampung Laut – 1349
(672 tahun)

02) Masjid Raja (Lenggong) – 1541
(480 tahun)

03) Masjid Kuala Dulang – 1618
(403 tahun)

Masjid Kampung Laut di Nilam Puri,
Kelantan merupakan Masjid Tertua di
Malaysia, dianggarkan usianya melebihi
672 tahun mengikut perkiraan, kerana ia
telah wujud pada tahun 1349 Masehi.
Diikuti masjid kedua Tertua di Malaysia
yang masih kukuh binaannya sehingga
kini iaitu Masjid Raja yang lokasinya
terletak di Kampung Chepor, Lenggong,
Perak. Usia masjid itu dianggarkan 480
tahun dan dibuka pada tahun 1541
Masehi. Ketiga ialah Masjid Kuala
Dulang yang terletak di daerah Jelebu,
Negeri Sembilan, usianya dianggarkan
berusia 403 tahun dan dibuka pada
tahun 1618 Masehi.

Fakta ringkas sejarah Masjid Kampung
Laut di Kelantan (1349)

Terdapat dua sumber yang Kita
boleh peroleh di sini.

Sumber yang Pertama :

Menurut Dr. Abdul Rahman Al-Ahmadi,
Beliau dikatakan mengumpul sejarah
lisan penduduk bersama kajiannya
dan menyimpulkan bahawa masjid
tersebut dibina 500 tahun dahulu oleh
pendakwah-pendakwah dari Champa.
Mereka dikatakan berasal dari pulau
Jawa yang membawa bersama pelan
prototaip binaan masjid dengan tujuan
membina tiga pusat Islam di negeri
Kelantan.

Abd Rahman Al-Ahmadi mendakwa
bahawa komponen binaan masjid
itu telah dibawa bersama dalam misi
pelayaran mereka untuk membina di
tapak yang ditentukan. Dua daripada
nya di Timur Pulau Jawa yang salah
satunya dikenali dengan Masjid Agung
Demak. Manakala Masjid Kampung
Laut merupakan masjid pertama yang
didirikan oleh mereka sebelum mereka
mendarat di Pulau Jawa. Dengan ini
menjadikan masjid Kampung Laut
merupakan masjid terawal yang telah
dibangunkan berbanding Masjid Agung
Demak dan sebagai masjid terawal di
rantaunya.

Sumber yang kedua :

Menurut cerita penduduk Masjid ini
juga dikatakan telah ada semenjak
era zaman Sayyid Hussein Jamadil
Kubra iaitu anak sulung kepada Amir
al-Mu’azhzham Syah Maulana Ahmad
Sayyid (Ahmad Shah Jalal), seorang
pendakwah dari Deccan, India datang
ke negeri Kelantan untuk menyebarkan
Islam di situ pada tahun 1349 (Abad
Ke-14). Pada ketika itu jugalah telah
terbina sebuah masjid lama yang
diberi nama masjid Kampung Laut
pada tahun yang sama 1349 Masehi
(672 tahun sehingga kini).

Fakta ringkas sejarah Masjid Raja
di Perak (1541)

Masjid ini dibina pada tahun 1539 lalu
beroperasi pada tahun 1541. Usia yang
hampir masjid raja mula dibina pada
tahun 1539 di era pemerintahan Sultan Muzzafar Shah (Sultan pertama negeri
Perak), pada ketika itu juga Sultan
Perak Pertama ini telah perintahkan
seluruh kawasan di negeri Perak
membina sebuah Masjid di setiap
kawasan. Struktur asalnya adalah dari
berupa kayu beratapkan rumbia lalu
ditukarkan pada tahun 2008 kepada
atap zink sehingga kini.

Masjid ini sebenarnya telah dibina oleh
bendahara Tun Perak, lebih menarik
lagi masjid ini adalah senibina dari
gabungan senibina Melayu Sumatera,
Langkap, Minangkabau, Deli dan Riau.
Ini kerana terdapat pelbagai penduduk
dari Sumatera telah banyak berhijrah
datang ke bumi Perak bagi mengikuti
Sultan Perak Pertama pada ketika itu.
Itulah serba sedikit sejarah masjid
lama berusia 480 tahun yang unik ini
di Kampung Chepor, Lenggong perak.

Fakta ringkas sejarah Masjid Kuala
Dulang di Negeri Sembilan (1618)

Masjid ini dikatakan telah dibina pada
tahun 1618 dan diasaskan oleh Datuk
Nika dan Mudim Khatib Raja, seorang
pendakwah dari Minangkabau yang
menyebarkan agama Islam di Jelebu
pada abad ke-16. Kedua-duanya telah
pergi meneroka ke kawasan berkenaan,
kemudian dinamakan sebagai Kampung
Peninjau. Masjid ini sebenar pada asal
sebuah bangsal beratap ijuk (Dari atap
nipah) yang menjadi tempat bagi
pendakwah berkenaan berteduh.

Bangsal ini kemudiannya dibangunkan
menjadi rumah ibadat umat Islam dan
dikenali sebagai Masjid Kuala Dulang.
Lebih unik lagi, masjid ini pada awalnya
dibangunkan tanpa menggunakan paku,
sebaliknya hanya dipasak seperti
masjid-masjid tradisional lama yang
lain. Itulah serba sedikit fakta mengenai
Masjid Kuala Dulang yang berusia 403
tahun yang tersegam indah hingga kini.

Posting Asal oleh SyafxWawa di group BANGSA NUSANTARA JAYA (Sejarah, Peristiwa, Kegemilangan, Senibina & Budaya)