Home Artikel PAS Wilayah

Tiga entiti bergabung ceriakan rakyat sambut Syawal

22
SHARE

BATU : Badan Bukan Kerajaan Muslim Care Malaysia dengan kerjasama PAS Kawasan Batu dan PAS Kawasan Wangsa Maju telah menyalurkan bantuan buat penduduk setempat di Perumahan Rakyat (PPR) Sentul Murni semalam.

Program anjuran Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan (LKK DMPWP) tersebut bertujuan untuk meringankan sedikit bebanan penduduk bagi menyediakan kelengkapan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang tidak lama lagi.

Serahan bantuan yang berlangsung di Pejabat Persatuan Penduduk itu disempurnakan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) merangkap Penyelaras Parlimen Wangsa Maju, Yang Berhormat Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh.

Hadir berucap dalam program yang sama, Penasihat Kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merangkap Penyelaras Parlimen Batu, Ustaz Azhar Yahya.

“Saya amat berharap agar rakyat terus memberi sokongan sepenuhnya kepada kerajaan sedia ada bagi memudahkan lagi usaha memberi bantuan dan menyalurkan sumbangan secara berterusan kepada rakyat di masa akan datang insyaAllah,” ujar beliau dalam ucapan tersebut.

Serahan bantuan turut dihantar ke rumah penerima bagi mereka yang tidak dapat hadir atas faktor kesihatan.

Turut serta dalam program itu, Ustaz Abdul Rani Mohamed Daud, Timbalan Pengerusi MPP Zon Wangsa Maju, Abu Bakar Abdul Rahman, Pengerusi MPP Sub Zon 2 Batu, Zuriati Yaakob, wakil Muslim Care Malaysia dan Zurina Din, Pengerusi LKK DMPWP.