Home Berita PAS Pusat

Tiga Dekad Pentadbiran Membangun Bersama Islam

2231
SHARE

Tiga Dekad Pentadbiran Membangun Bersama Islam

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan sekalung tahniah kepada Kerajaan Negeri Kelantan dan seluruh rakyatnya diatas sambutan 3 Dekad Pentadbiran Membangun Bersama Islam.

Bermula daripada penubuhan cawangan pertama di Pasir Mas pada 23 Julai 1953, perjuangan PAS Kelantan telah melalui pelbagai fasa naik dan turun sebelum berjaya memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-8 pada 21 Oktober 1990. PAS yang pada ketika itu mengangkat manifesto ‘Membangun Bersama Islam’ sebagai tawaran kepada rakyat Malaysia telah berjaya menjadi sebuah kerajaan negeri melalui jalan demokrasi.

Setelah 3 dekad mentadbir, pelbagai pembaharuan telah dilakukan oleh kerajaan negeri melalui dasar-dasar yang diperkenalkan selain daripada pengukuhan melalui pelaksanaan program-program yang melibatkan pemerkasaan Islam, pembangunan ekonomi dan kebajikan rakyat.

Negeri Kelantan amat sinonim dengan identiti pentadbiran Islam hingga digelar sebagai Negeri Serambi Mekah Tadahan Wahyu. Ini adalah hasil daripada teras model pentadbiran PAS Kelantan yang menggunakan konsep UMI (ubudiyah, mas’uliyah dan itqan) dan implementasi kepimpinan ulama dalam pemerintahan.

Negeri yang subur dengan majlis-majlis ilmu ini juga berjaya menjadikan adat warisan negeri sebagai salah satu identiti dan tarikan. Kelantan yang terkenal dengan kepelbagaian makanan dan tempat menarik adalah pilihan tepat bagi mereka yang ingin menikmati nilai budaya masyarakat pantai timur.

Ringkasnya, Kerajaan Kelantan adalah antara model pentadbiran yang menjadi bukti bagaimana Islam dapat membina sebuah negeri yang makmur serta membentuk keharmonian masyarakat majmuk tanpa mengabaikan aspek pembangunan, ekonomi dan pendidikan.

Semoga Kelantan terus maju dan sejahtera dibawah pentadbiran PAS Kelantan.