Home Artikel PAS Pahang

JABATAN AMAL BANTU MANGSA BANJIR TIDAK BERMUSIM

274
SHARE

Mentakab : Musibah banjir seperti tidak mengenal musim lagi. Malam tadi, penduduk Taman Mentakab Indah diuji dengan banjir kilat akibat hujan lebat yang tidak henti-henti.

Oleh kerana dugaan tidak dijangka, kebanyakan penduduk tidak sempat memindahkan perabot dan mengalihkan kenderaan ke tempat yang selamat. Semoga kesabaran mengiringi para penduduk yang terjejas.

Alhamdulillah, pagi tadi air mulai surut dan Jabatan Amal Malaysia Dewan Pemuda PAS Temerloh segera menghantar skuad bagi membantu penduduk membersihkan kawasan perumahan tersebut.

Syabas Jabatan Amal Malaysia Kawasan Temerloh. Semoga Allah swt memberkati usaha dan merahmati anda semua.

ISLAM MEMPERKUKUH PERPADUAN
‘Temerloh Muafakat Sokmo’

PAS4Temerloh
Perteguh MUAFAKAT Pertahan PERIKATAN