Home Berita PAS Terengganu

TIF ‘gegarkan’ Taman Tamadun Islam

92
SHARE

KUALA TERENGGANU – Program Terengganu Islamic Festival (TIF) yang bermula hari ini, 29 September sehingga 1 Oktober 2022  dijangka akan ‘menggegarkan’ suasana Taman Tamadun Islam dengan pelbagai aktiviti.

anjuran Kerajaan Negeri Terengganu mensasarkan lebih daripada 5000 orang pengunjung pada

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan Dan Teknologi Maklumat, Ariffin Deraman berkata, pihaknya menyasarkan lebih 5,000 pengujung ke program terbabit.

Katanya, festival itu turut memberi peluang kepada 100 usahawan serata Malaysia untuk memasarkan produk-produk di samping mempromosikan Taman Tamadun Islam.

“Antara aktivti yang menarik yang ada sepanjang program itu berlangsung adalah Program Bicara Hati, persembahan nasyid kumpulan Hijjaz, Nada Murni dan Rabbani serta Pertunjukan Fesyen Islamik dan sebagainya.

“Dengan adanya program seperti ini, ia akan menarik pelancong dan rakyat dari dalam dan luar negeri Terengganu ke Taman Tamadun Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menghadiri Majlis Perasmian Terengganu Islamic Festival (TIF) yang bertempat di Taman Tamadun Islam di sini hari ini.

Turut hadir Pengurus Besar TTI Management Sdn. Bhd, Ahmad Bukhori Ghazali dan Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Fadli Yusof Zakaria,

Mengulas lanjut mengenai program itu, Ariffin berkata ia berkonsepkan jualan, pameran produk halal dalam dan luar negara, serta pameran seni, budaya dan warisan tradisional.

“TIF yang sedang berlangsung pada hari ini sehingga 1 Oktober 2022 juga bertujuan untuk mempromosikan produk-produk halal dalam semua sektor dalam konteks makanan, perkhidmatan, kewangan dan takaful, aksesori, agensi kerajaan dan sebagainya,” katanya.