Home Berita PAS Wilayah

Tidak Tunggu Kibaran Bendera Putih | TBC PAS Batu

68
SHARE

TIDAK TUNGGU KIBARAN BENDERA PUTIH

Oleh: Ramizah Rahmad 10 Ogos 2021
BATU : PAS kawasan Batu tidak menunggu kibaran bendera putih dari rakyat untuk turun menyalurkan bantuan, sebaliknya terus komited mencari maklumat berkenaan golongan terjejas menerusi Sumbangan Tabung Bantuan Covid (STBC).

Sumbangan berupa barang keperluan dapur telah disalurkan secara terus kepada 7 buah keluarga yang terkesan akibat Pendemik Covid-19 di sekitar Parlimen Batu baru-baru ini.

Bantuan disalurkan secara pandu laju dengan kadar masa yang singkat kesemua penerima yang terdiri daripada penduduk di Flat Sri Pangkor, Flat Sri Kelantan dan PPR Batu Muda.
Hadir menyampaikan bantuan ini adalah Timbalan Pengerusi Lajnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Batu, Shukhiri Kamis, AJK PAS Kawasan Batu, Zurina Din dan Timbalan Ketua Zon 2 PAS Batu, Hanif Mahmud.
Orang ramai diseru untuk menghubungi Hotline Bantuan Covid-19 PAS Batu di nombor +60 11-1870 5115 sekiranya mempunyai maklumat berkaitan individu atau keluarga di sekitar Parlimen Batu yang terkesan akibat pandemik ini agar lebih ramai golongan sasaran dapat dibantu.

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh salurkan sumbangan anda melalui ;

1. Nombor akaun PAS Kawasan Batu Bank Islam Berhad : 12113010000551
(Rujukan ; Tabung Bencana Covid)

2. Secara atas talian @ https://toyyibpay.com/Tabung-Covid-PAS-Batu
Info lanjut & makluman sumbangan, hubungi

Ahmad Bahar (Bendahari PAS Batu)
http://www.wasap.my/60192865229 / http://www.wasap.my/60193344255

Like | Follow | Share :
https://linktr.ee/paskawasanbatu