Home Berita PAS Terengganu

Tidak patuh SOP, cerita ‘Tuler’ dalam kisah kluster

91
SHARE

KUALA TERENGGANU, 2 Julai – “Segelintir yang tak tidak patuh SOP, sebuah kampung terpalit sama yang mana cerita tuler (sama) tapi masih diulang tayang,” ujar Pengarah Kesihatan negeri, Dr Nor Azimi Yunus.

Katanya, kenaikan kes di Terengganu hari ini juga berpunca daripada ketidakpatuhan SOP di kalangan masyarakat walaupun telah diberi peringatan.

Menurut beliau, Terengganu kembali mencatatkan 50 kes berbanding semalam dan ia naik sekali ganda.

“Kenaikan kali ini disumbangkan oleh Kluster Kubang Jela dan cara jangkitan adalah sama seperti kisah kisah Kluster sebelum ini.

“Kes indeks menjangkiti ahli keluarga sendiri, enam keluarga lain serta menjangkiti enam jemaah surau dan jiran Selepas itu, kawan anak lepak dan bermalam kat rumah terjangkit sama.

“Kemudian menjangkiti lima rakan main sepak takraw termasuk dua rakan main basikal pun terkena juga. Bila masa mereka main masa musim PKP ni?,” katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya semalam.

Nor Azimi berkata seramai 45 kes positif telah dikesan dari Kluster ini yang telah dikenakan PKPD bermula 1 hb Julai.

“Saringan bersasar (ACD) telah dilaksanakan di Kg Kubang Jela di mana seramai 988 penduduk telah disaring.

“Hanya 88 disahkan negatif. Selebihnya (900 orang) masih menunggu keputusan,” tambah beliau lagi.

Sementara itu katanya, di Dungun dan Kemaman pula, semua kes positif merupakan kontak rapat Kluster di LKIM Kuantan yang melibatkan peraih ikan dan lain-lain.