Home Berita PAS Terengganu

THRDC buka semula peluang kerjaya di FOZ One untuk anak Terengganu

6
SHARE

SENAI – Terengganu Human Resource Development Centre (THRDC) bakal membuka semula peluang pekerjaan kepada anak-anak Terengganu di FOZ One, sebuah syarikat pembuatan berteknologi yang semakin berkembang di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutif THRDC, Aminuddin Omar berkata, lawatan kerja yang diadakan baru-baru ini menunjukkan kejayaan insiatif sebelum ini apabila ramai diterima bekerja selepas ‘program outreach’ yang dijalankan pada tahun 2022.

“Syarikat ini telah mengambil anak Terengganu dalam kalangan belia bekerja selepas kita adakan program padanan kerja sebelum ini.

“Tidak lama lagi kita akan buka sekali lagi peluang kepada anak Terengganu untuk bekerja di sini lagi yang akan bakal kita umumkan,” ujarnya ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas mengadakan lawatan ke syarikat terbabit, baru-baru ini.

Mengulas lebih lanjut, Aminuddin berkata usaha sentiasa dijalankan oleh kerajaan Terengganu dalam mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan rakyat khususnya golongan belia malah mampu membina tenaga kerja tempatan yang bekemahiran dan berkualiti tinggi.

“THRDC kekak komited untuk menjadi pemudah cara kepada anak muda Terengganu dalam mendapatkan pekerjaan serta menyediakan akses kepada sektor pekerjaan berimpak tinggi di dalam negara,”ujarnya.