Home Berita PAS Pahang

Siri 7 – The return of AKU DAN PAS

3386
SHARE

(edisi khas ditulis ketika dalam perjalanan dari Mekah ke Madinah merentasi lebuhraya Hijrah)

Rasulullah saw bermusafir berhijrah bersama Abu Bakar As Siddiq, waktu yang sama juga sedang diburu musuhnya, begitu asingnya perjuangan Nabi pada ketika itu, namun janji Rasulullah saw kepada Suraqah bin Malik akhirnya menjadi kenyataan apabila golongan asing ini akhirnya berjaya menawan empayar Rom dan Parsi yang telah dijanjikan Nabi saw sewaktu sedang berhijrah.

Dengan keyakinan ini PAS berjuang, berkorban memenuhi tuntutan perjuangan, membina kekuatan demi kekuatan, menolak segala bentuk perjuangan yang berasaskan angan-angan semata-mata, tapi sifar kerja dan berkorban, menolak perjuangan yang hanya mahu menang dengan cara memfitnah dan menoreh keringat orang lain.

Perjuangan yang menghalalkan semua cara asalkan boleh menang walaupun menang yang menyerupai “keluar mulut buaya masuk mulut anakonda”, selamat dari disambar tapi akhirnya dibelit, ini bukan cara dan matlamat PAS.

Memang dengan sebab ini orang hina PAS, tak cukup bahasa keji guna pula bahasa perli, kalau dulu BN kata PAS ortodoks, parti sesat, pengganas, komunis dan macam lagi sehingga habis bahasa buruk ditujukan kepada PAS, kini musuh baru PAS pula guna bahasa sinikal, Parti Lebai, Parti Suci, jangan katakan sakit, geli pun tidak.

Kalau bahasa keji pun PAS tak rebah inikan pula bahasa sinikal yang ala-ala konon beradap, dengan penjara, lokap dan dibunuh pun PAS tak berkecai inikan pula dengan kata-kata.

Nak burukkan PAS, nak lemahkan PAS bukan dengan fitnah, PAS hanya akan lemah bila hilang keyakinan terhadap dasar perjuangan dan janji Allah utk berikan kemenangan. Siapa yang hilang keyakinan akan keluar dari jeriji aqidah perjuangan Islam ini.

Tiada cara nak lemah dan runtuh kecaikan PAS melainkan hilangkan keyakinan ahli PAS terhadap perjuangan dan janji Allah swt. Janji Allah swt itu dinyatakan didalam Al Quran dan Hadis Nabi saw, ertinya tidak mungkin keyakinan ini akan hilang selagimana pemimpin dan ahli PAS yang berpegang Al Quran itu masih hidup.

Kalau musuh berjaya pisahkan Al Quran dan hadis dari PAS, barulah keyakinan itu akan hilang, ataupun ahli PAS menjauhinya atau tidak lagi berpegang dengan dasarnya Al Quran dan Hadis.

“masa tu ahli PAS akan percaya siapa sahaja, lebih-lebih lagi yang janjinya nampak bertongkol emas dan projek”

Ahli PAS yakin perjuangan Islam pasti menang, bukan sebab manusia yang janji, tapi Allah yang janji, kalau nak menang bukan cara Islam, baik PAS dah berUG ngan umno sebagaimana puak PH tuduh PAS. Tapi PAS nak Islam menang maka ahli PAS sanggup berkorban sehingga datangnya janji Allah swt.

Al Quran adalah mukjizat, tiada siapa akan menang jika berlawan dengannya dan tiada yang akan kalah selagi berada tetap bersamanya..

YB Ustaz Rosli Abdul Jabar
Pesuruhjaya PAS negeri Pahang