Home Berita PAS Selangor

DPPNS | “Kebakaran : Amerika Dan Trump Malapetaka Dunia”

2415
SHARE

KEBAKARAN :
AMERIKA DAN TRUMP MALAPETAKA DUNIA

Hari ini berita antarabangsa menyiarkan dua laporan yang menjadi perhatian dunia. Pertama ialah tindakan Presiden Amerika Donald Trump mengisytiharkan Baitul Maqdis sebagai ibu negara Israel. Selepas selesai siri beliau “mengikat hidung bagai lembu diheret” beberapa buah negara arab agar mengikut telunjuk dan segala kemahuannya. Api yang telah sedia menyala disimbah dengan minyak menyebabkan umat Islam dunia bangkit membantah bahkan disokong oleh sebahagian masyarakat dunia dikalangan bukan Islam

Kini berita yang kedua menjadi perhatian dunia ialah bilamana berlaku kebakaran besar terhadap beberapa buah negeri didalam Amerika terutama di California dari San Diego ke Pantai Pasifik di Santa Barbara. Api merebak dengan pantas dan tiupan angin begitu kuat menjadikan negeri pelancongan bagi “negara polis dunia” itu lumpuh dan hancur luluh. Peristiwa ini sesudah Amerika merancang untuk menghancurkan Palestin dengan pemetaan keluasan negara Israel melalui rampasan tanah suci umat Islam Baitul Maqdis, rupanya di sana perancangan Allah lagi hebat. Maha suci Allah. Allah SWT mengalih kehancuran sebenarnya kepada negara mereka sendiri. Tiada yang mustahil bagi Allah dan tiada kudrat yang mampu menghalang azab Allah SWT.

(وَإِذَا أَرَدْنَا أَنْ نُهْلِكَ قَرْيَةً أَمَرْنَا مُتْرَفِيهَا فَفَسَقُوا فِيهَا فَحَقَّ عَلَيْهَا الْقَوْلُ فَدَمَّرْنَاهَا تَدْمِيرًا)
[Surat Al-Isra’ 16]

Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu kami menghancurkannya sehancur-hancurnya.

“Angin merah” tiupan kehancuran itu mampu mengenai siapa sahaja. Kejahatan dan kemaksiatan manusia yang engkar pada perintah Allah melayakkan mereka menerima azab Allah. Antara lain juga, peringatan azab Allah ini melalui beberapa sifat dan kejahatan manusia yang Nabi SAW sendiri gariskan.

عن علي بن أبي طالب – رضي الله عنه – قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -:

“إذا فعلت أمتي خمس عشرة خصلة حل بها البلاء”، فقيل: وما هن يا رسول الله؟ قال: “إذا كان المَغْنَمُ دُولًا، والأمانة مغنمًا، والزكاة مغرمًا، وأطاع الرجلُ زوجته، وعقَّ أمه، وبرَّ صديقه، وجفا أباه، وارتفعت الأصوات في المساجد، وكان زعيمُ القوم أرذلَهم، وأُكرم الرجل مخافة شره، وشُربت الخمور، ولُبس الحرير، واتخذت القَيْنات والمعازف، ولعن آخرُ هذه الأمة أولها، فليرتقبوا عند ذلك ريحًا حمراء، أو خسفًا، ومسخًا”.

Dari Ali bin Abi Thalib r.a berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Apabila umatku telah melakukan lima belas perkara, maka halal baginya (layaklah) ditimpakan kepada mereka bencana.” Ditanyakan, apakah lima belas perkara itu wahai Rasulullah?

Rasulullah SAW bersabda: “Apabila…

1. Harta rampasan perang (maghnam) dianggap sebagai milik peribadi
2. Amanah (barang amanah) dijadikan sebagai harta rampasan
3. Zakat dianggap sebagai cukai (denda)
4. Suami menjadi budak isterinya (sampai dia)
5. Mendurhakai ibunya
6. Mengutamakan sahabatnya (sampai dia)
7. Berbuat zalim kepada ayahnya
8. Terjadi kebisingan (suara kuat) dan kekalutan di dalam masjid (yang bertentangan dengan syari’ah)
9. Orang-orang hina, rendah, dan buruk akhlaknya menjadi pemimpin umat (masyarakat)
10. Seseorang dihormati kerana semata-mata takut dengan kejahatannya
11. Minuman keras (khamar) tersebar merata dan menjadi kebiasaan
12. Laki-laki telah memakai pakaian sutera
13. Penyanyi dan penari wanita diangkat dan disanjung
14. Alat-alat muzik bermaharajalela dan menjadi kebanggaan atau kesukaan
15. Generasi akhir umat ini mencela dan mencerca generasi dahulunya

Apabila telah berlaku perkara-perkara tersebut, maka tunggulah datangnya malapetaka berbentuk; taufan merah (kebakaran), tenggelamnya bumi dan apa yang diatasnya ke dalam bumi (gempa bumi dan tanah runtuh) dan perubahan-perubahan atau penjelmaan-penjelmaan dari satu bentuk kepada bentuk yang lain.”

Hadis Nabi SAW ini secara umum adalah amaran keras buat semua manusia. Bila tiba azab Allah di sebabkan perbuatan manusia, maka tiada kuasa yang mampu menahannya. Sekalipun dilihat dan dianggap kuasa besar dunia.

Ust Syarhan Humaizi Halim
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
23 Rabiul Awal 1438H | 12 Disember 2017