Home Artikel PAS Selangor

Teruskan Sumbangan Kepada Pembangunan SRITI

474
SHARE

Tanjung Karang – Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Ar Raudhah merakamkan setinggi penghargaan kepada seluruh kakitangan dan guru-guru Sekolah Kebangsaan Sungai Sireh, Tanjung Karang yang hadir menyampaikan sumbangan kepada pembangunan pusat pendidikan SRITI Ar Raudhah.

SRITI Ar Raudhah baru sahaja selesai pembinaan jambatan batu diatas tanah yang diwakafkan untuk tujuan pendidikan dan kini sedang meneruskan pembinaan yang akan menelan belanja RM1 juta.

Moga hubungan yang baik ini dapat diteruskan oleh beberapa sekolah lagi agar dapat melahirkan generasi pintar rabbani dan murabbi. Sumbangan disampaikan sendiri oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sungai Sireh, Cikgu Nor Mahali Bin Mohamed Torman kepada Ustaz Mohamad Adzim Basri yang merupakan ketua pemuda PAS Tanjung Karang di perkarangan premis sewaan SRITI Ar Raudhah.

Bagi mereka yang ingin menyalurkan sumbangan pendidikan ini boleh terus ke akaun PEMBANGUNAN SRITI KAWASAN TANJONG KARANG (12083010041301) Bank Islam.