Home Artikel PAS Selangor

Tahniah Kerajaan Perikatan Nasional

321
SHARE

Sungai Besar – PAS Kawasan Sungai Besar mengucapkan setinggi tahniah kepada Dewan Rakyat di atas kelulusan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 selepas bacaan ketiga yang diputuskan melalui undian belah bahagian.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun ketika mengumumkan perkara itu berkata, seramai 111 menyokong, 108 menolak dan seorang tidak hadir.

Dengan sokongan majoriti 111 Ahli Parlimen yang menyokong, Ini sudah tentu sedikit sebanyak dapat membantu raykat khususnya menghadapi cabaran dalam penstabilan ekonomi agar kembali pulih.

Sebaik keputusan dibacakan, Tengku Zafrul bangun untuk mengemukakan permintaan supaya usul RUU Perbekalan 2021 dibacakan kali ketiga dan diluluskan.

“Bahawa dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 (Akta 406), membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih daripada RM69 bilion dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi 2021.

Yand Dipertua PAS Kawasan Sungai Besar, Ustaz Mohd Fadzin Bin Taslimin berkata, dengan kelulusan bajet 2021 ini dapatlah sedikit sebanyak kerajaan dapat terus melaksanakan agenda yang telah dirancang dan seterusnya berjaya memerangi pandemik Covid 19.

Terima kasih sekali lagi kepada Ahli Parlimen yang menyokong belajawan 2021 ini demi memastikan kebajikan rakyat terjamin dan besarlah harapan agar kestabilan ekonomi kembali ke landasan demi kemajuan negara.

shahrilrizal@pas.org.my
16 Disember 2020