Firman Allah SWT:
إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ ﴿١﴾ وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ ﴿٢﴾ لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ
Maksudnya: “Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) pada Malam al-Qadar (1) Dan adakah engkau mengetahui akan kebesaran Malam al-Qadar itu? (2) Malam al-Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan” (3). [Surah al-Qadr : 1-3]
Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan mengajak semua umat Islam untuk terus menggunakan segenap peluang dan masa yang ada dalam hari-hari terakhir Ramadhan ini dengan meningkatkan amal soleh masing-masing.
Begitu banyak firman Allah SWT yang menceritakan tentang Lailatul Qadr iaitu satu malam yang penuh keagungan dalam bulan Ramadhan dan malam tersebut juga dikatakan lebih baik dari 1000 bulan.
MasyaAllah. Maha Pemurahnya Allah SWT kepada kita umat akhir zaman.
Justeru marilah kita semua terus memburu malam yang penuh keagungan ini.
Semoga kita dipilih oleh Allah SWT untuk mendapat keberkatan yang terkandung dalam Lailatul Qadr Ramadhan kali ini. Amin.
DEWAN MUSLIMAT PAS WILAYAH PERSEKUTUAN