Home Artikel PAS Perak

Terus Berjuang Bakar Semangat Pemuda

76 views
SHARE

SELAMA , 5 OGOS : Persidangan bagi Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas Negeri Perak kali ke-35 bermula secara rasmi pada 5 Ogos yang lepas dengan penyertaan hampir 24 dewan pemuda pas kawasan seluruh Perak.

Muktamar bertemakan “Terus Berjuang ” telah berlangsung di Dewan Majlis Daerah Selama , dekat sini telah dirasmikan oleh Menteri Besar Terengganu, YAB Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar.
Ahmad Shamsuri dalam ucapan perasmian beliau menyatakan penekanan aspek tarbiyyah , dakwah dan siasah dalam melaksanakan tugas di dalam PAS.
“Aspek inilah yang membezakan dasar pejuangan PAS dengan parti politik yang lain.” kata beliau.
Beliau yang juga Pengarah Pilihanraya Pas Pusat selanjutnya menegaskan, agar perwakilan yang hadir dapat bersama-sama memperkukuhkan jemaah , parti dan jentera sebagai persediaan menghadapi PRU15.
Beliau pada masa sama turut meminta perwakilan memberi sokongan berterusan kepimpinan parti dalam usaha memperkukuhkan jemaah dalam parti.
Program ini turut dihadiri oleh Pesuruhjaya PAS Perak yang juga ADUN Gunung Semanggol , Tuan Haji Razman Zakaria , Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat , Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamuddin , Ketua Pemuda PAS Perak , Ustaz Mohd Akmal Kamarudin serta barisan exco Dewan Pemuda Pas Perak.