Home Artikel PAS Perak

Muslimat PAS Perak Bangkit Semarak Perjuangan

90 views
SHARE

Taiping, Perak – Muktamar Dewan Muslimat PAS Perak telah berlangsung dengan lancar dihadiri perwakilan dari 24 kawasan di negeri Perak. Muktamar telah dirasmikan oleh Naib Presiden PAS Malaysia Ustaz Haji Idris bin Hj Ahmad.

Muslimat PAS Perak sepakat membina kekuatan dan meneguhkan aqidah perjuangan Islam yang didokongi serta berusaha mencapai kemenangan dengan bersungguh-sungguh, berdisiplin dan istiqamah.

Ketua Dewan Muslimat PAS Perak, Dr Najihatussolehah binti Ahmad dalam ucaptamanya mengingatkan ahli bahawa kuatnya PAS bukanlah kerana dasarnya semata, tetapi kerana para pendokongnya yang benar-benar menjiwai aqidah perjuangan.

Tambahan lagi, pimpinan di seluruh peringkat diseru agar menyusun strategi yang lebih strategik dan dinamik. Setiap ahli perlulah terus merangka dan melaksanakan program yang membina para Daieyah melalui program yang terancang seperti mengadakan seminar Dakwah, Wacana, Bengkel Kemahiran Dai’e, Bengkel Dakwah Media Baru, Kolokium Pendekatan Dakwah dan berbagai-bagai penerapan kemahiran dakwah kepada ahli.

Muktamar diakhiri dengan sesi penggulungan oleh perwakilan dari 16 kawasan dengan lancar. Perwakilan menyeru muktamirat agar menguatkan jentera cybertrooper bagi menangkis serangan golongan liberalis, sekularis dan nasionalis yang semakin berani bersuara mutakhir ini.