Terpesona Dengan Barat
Realiti umat Islam hari ini, terpegun dengan pemikiran modenisasi barat yang penuh dengan unsur librealisme seperti kebebasan multak tanpa tanggungjawab agar selaras dengan kehendak nafsu mereka. Melakukan semua perkara yang dimahukan tanpa ada panduan dan etika serta tidak boleh campur tangan orang yang berhak memberi pendapat dan pandangan. Mereka ini juga, berpegang fahaman nihilisme (fahaman yang menolak semua nilai dan kepercayaan yang sedia ada) yang sangat kuat dan merendahkan manusia yang berpegang kuat kepada ajaran agama yang dianuti kerana tidak mampu mengawal kehendak sendiri. Walaupun diajar agar kembali kepada agama yang benar.
وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ آمِنُوا كَمَا آمَنَ النَّاسُ قَالُوا أَنُؤْمِنُ كَمَا آمَنَ السُّفَهَاءُ أَلَا إِنَّهُمْ هُمُ السُّفَهَاءُ وَلَٰكِن لَّا يَعْلَمُونَ
Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman”. Mereka menjawab: “Patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu?” Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (Al Baqarah ayat 13).
Mohamad Farouk Hamzah
17 Januari 2018