Home Berita PAS Terengganu

Terima kasih YB Kota Putera

151
SHARE

KUALA TERENGGANU – Jabatan Amal Malaysia (JAM) kawasan Besut mengucapkan terima kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera yang prihatin, memberi sumbangan kepada anggota JAM yang terjejas kerana Pandemik.

Komandan JAM Besut, Luqman Hakim Hashim berkata, seramai 10 orang aktivis yang bekerja sendiri diberi bantuan bagi meringankan beban mereka sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

“Alhamdulillah, terima kasih YB, Naib Yang Dipertua PAS kawasan Besut YB Haji NurKhuzaini Ab. Rahman kerana memberi sebahagian dari rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada petugas-petugas sukarelawan ini,” ujarnya selepas program pengagihan bantuan tersebut oleh Jawatankuasa Harian JAM Besut, semalam.

Oleh itu, beliau berharap seluruh anggota JAM sentiasa istiqamah dan sentiasa bersiap siaga, menghadapi apa jua cabaran dlam memberikan khidmat kepada masyarakat.

“kita mesti sentiasa bersedia, untuk berkhidmat keraba Allah, yang menjadi pegangan JAM, dan mengambil tanggung jawab diatas keyakinan masyarakat terhadap kita,” tegasnya.

Justeru itu, beliau memanjatkan kesyukuran dan berdoa agar setiap urusan dipermudahkan dan diganjari dengan sebaik-baik ganjaran oleh Allah SWT.