Home Berita PAS Sabah

PAS Papar tawar khidmat sukarela bantu PKOB daerah

50
SHARE

Oleh: Nurul Natasya Samsure
29 Jun 2021

PAPAR: Pertemuan di antara Ketua Pemuda PAS Kawasan Papar dengan Setiausaha Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah telah diadakan bertempat di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) daerah Papar pada hari Isnin kelmarin.

Hadir dalam pertemuan tersebut ialah Hendri bin Hamsah selaku Ketua Pemuda Pas Kawasan Papar, ditemani oleh dua orang pemuda dari Jabatan Amal kawasan Papar dan Wakil dari Pusat Kawalan Operasi Bencana, Tuan Abdul Razak.

Menurut Hendri, pertemuan singkat ini telah membincangkan tentang tawaran khidmat sukarela bagi membantu pihak PKOB untuk bersama-sama menjayakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK). Perbincangan ini telah disambut baik oleh kedua-dua belah pihak.

Tambahnya, hasil daripada perbincangan tersebut pihak Pemuda PAS Papar telah memutuskan untuk membentuk beberapa kumpulan sukarelawan yang akan dianggotai oleh Dewan Muslimat Kawasan Papar (DMPK), Jabatan Amal Malaysia kawasan Papar dan ahli-ahli PAS Papar yang lain .

“Besar harapan, agar usaha kecil ini dapat membendung penularan wabak Covid-19 dan keseluruhan rakyat Malaysia berjaya mencapai Matlamat Imunisasi Berkelompok seperti yang telah disarankan oleh Perdana Menteri dan Pihak kementerian Kesihatan Malaysia,” ujar Hendri.