Home Berita PAS Selangor

Terima kasih YAB Perdana Menteri Malaysia ke-8 serta saff kabinet – BPPN Selangor

234
SHARE

May be an image of 4 people, people standing and text

Terima Kasih YAB Perdana Menteri Malaysia Ke – 8 Serta Saff Kabinet Atas Khidmat Cemerlang Buat Rakyat – “Saff Bahtera BPPNS” | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Oleh : Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

SHAH ALAM | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor menzahirkan rasa syukur kepada Allah SWT dan ucapan Terima Kasih kepada Tan Sri Dato Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yasin Perdana Menteri ke – 8 beserta saff Kabinetnya atas khidmat cemerlang yang dicurahkan untuk rakyat dikala negara berdepan dengan pandemik Covid-19.

Sungguh, pentadbiran Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Tan Sri akan menjadi contoh terbaik kepada sejarah negara. Bukan sahaja isu pandemik yang saat ini telah berjaya menghampiri immuniti kelompok, saat ambil alih kerajaan, dimomokkan bahawa Kerajaan Malaysia sudah ketiadaan dana. Namun disepanjang hampir 2 tahun pandemik, pelbagai inisiatif diberikan oleh Kerajaan dalam membantu rakyat. Tan Sri acap kali menyebutkan bahawa Kerajaan akan memastikan ada makanan di atas meja rakyat.

Tahniah dan terima kasih Tan Sri, terima kasih saff kabinet. Semoga Allah SWT membalas segala usaha, pengorbanan dan keprihatinan yang telah diberikan.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor