Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak telah meluangkan masa untuk menyampaikan sumbangan pelitup muka dan cecair nyahkuman kepada pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Lambor Kiri, Pasti Aladi Kg. Kuchai, Pasti Ibnu Sina Gelung Pepuyu, Pasti Al-Mujahidin Titi Gantong, dan Pasti Saidina Osman, Layang Kiri.
Hasil kunjungan menunjukkan semua institusi sudah bersedia meneruskan proses pengajian, dan bersedia menerima kemasukan semula pelajar-pelajar. Diharapkan pembukaan semula sesi persekolahan ini berjalan lancar.
Walaubagaimanapun, kerjasama semua pihak masih amat diperlukan bagi pematuhan SOP untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan anak-anak, guru-guru dan semua yang terlibat, sentiasa berada di dalam keadaan yang terbaik.
Tahniah dan terima kasih kepada semua warga pendidik, pentadbir, pengurus, kakitangan sokongan, serta semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam semua sektor pendidikan.
Anda kini adalah barisan hadapan, membina generasi dan membangun negara…