Home Berita PAS Perak

Terima kasih MB Perak, cakna maahad tahfiz Perak.

353
SHARE

22 Muharram 1442H | 31 Ogos 2021

Dewan Pemuda PAS Perak mengucapkan Tahniah dan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Perak atas pemberian bantuan tambahan berjumlah RM3.5 juta kepada seluruh maahad Tahfiz di Negeri Perak, sepertimana yang telah diumumkan oleh Menteri Besar, YAB Dato’ Haji Saarani Mohamad dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak sebentar tadi.

Pengumuman ini menunjukkan kecaknaan tinggi pihak kerajaan negeri terhadap nasib warga Institusi Tahfiz khususnya di saat belenggu Pandemik COVID19.

Kami yakin, penambahan dana ini akan menyelamatkan banyak Maahad Tahfiz dari bebanan tanggungan bulanan.

Dewan Pemuda PAS Perak juga meletakkan harapan tinggi agar Institusi Pendidikan Islam akan terus dibantu dan diperkasa supaya lebih ramai ilmuwan Islam yang lahir di Negeri Perak.

InshaAllah.

Mohamad Adil bin Mohamad Fadzil
Ketua Sektor Pendidikan,
Dewan Pemuda PAS Perak