KUALA LUMPUR – Terengganu menjalin kerjasama antara beberapa pelabur di Jepun melalui pertemuan dalam lawatan kerja di sini.
Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi Digital, Pendapatan Baharu, Perdagangan, Perindustrian dan Teknologi Hijau negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab. Rahman berkata pihaknya telah bertemu dengan beberapa pelabur daripada Jepun yang bakal mendirikan kilang di Kemaman.
“Kilang tersebut berfokuskan pada ‘Lithium-ion batteries’ dan komponen utama untuk ‘Electric Vehicle (EV)’.
“Terima kasih saya ucapkan kepada pihak Meiwa Corporation yang telah memilih Terengganu sebagai destinasi pelaburan.
“Kita mengharapkan pelaburan ini dapat direalisasikan dan insya-Allah pada pertengahan tahun depan akan dimaklumkan keputusannya,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi miliknya pada hari ini.
Tambah Nurkhuzaini, Meiwa Corporation telah ke Teluk Kalong iaitu lokasi kilang yang bakal dibina pada malam semalam.
“Pada hari ini kami bertemu sekali lagi di Kuala Lumpur sebelum mereka berlepas balik ke Tokyo.
“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada EPIC, ECERDC dan MIDA yang banyak membantu bagi memudahkan dan merealiasasikn pelaburan ini di negeri Terengganu,” katanya.