Home Berita PAS Pulau Pinang

ISU SEKATAN KEPADA ASATIZAH PULAU PINANG

50
SHARE

KENYATAAN MEDIA PAS PULAU PINANG

ISU SEKATAN KEPADA ASATIZAH PULAU PINANG

PAS Pulau Pinang mengambil berat isu sekatan terhadap asatizah menyampaikan kuliah di Pulau Pinang dengan menggunakan alasan tauliah sedangkan selama ini, masjid dan surau hidup dengan pengimarahan sambil dipantau oleh pihak Jabatan Agama Islam Pulau Pinang.

Sekatan yang sebenarnya dilihat sangat berunsurkan politik terutamanya daripada pengajar – pengajar yang dikatakan cenderung kepada parti politik pembangkang menggambarkan satu keputusan yang sangat membangkitkan kemarahan rakyat negeri Pulau Pinang.

Yang terbaru, pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus pula menjadi mangsa ketidakbijakan pencatur politik apabila beliau disekat dari menyampaikan kuliah di 3 lokasi di Pulau Pinang.

PAS Pulau Pinang mendesak kerajaan Pulau Pinang mempertimbangkan semula keputusan penyekatan asatizah ini, agar keharmonian rakyat di negeri Pulau Pinang tercinta ini dipelihara.

TERBANG TINGGI BURUNG MERPATI,
SINGGAH BEREHAT DI DAHAN ROTAN,
AIR DISEKAT TAKKAN BERHENTI,
PASTI MELIMPAH, MEMECAHKAN SEKATAN.

 

“ADIL, PRIHATIN DAN BERKEBAJIKAN”

 

YB. USTAZ MUHAMMAD FAWWAZ BIN MOHAMAD JAN
KETUA PENERANGAN,
PARTI ISLAM SE – MALAYSIA (PAS)
NEGERI PULAU PINANG.