Home Berita PAS Terengganu

Terengganu, Bandung Barat Jalin Kerjasama Perkukuh Peranan DUN

1
SHARE

BANDUNG BARAT – Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu telah mengadakan lawatan rasmi ke Pejabat Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) Bandung Barat, untuk menjalinkan kerjasama strategik bagi memperkukuh peranan dewan sebagai wadah semak imbang dan suara rakyat.

Yang Dipertua DUN Terengganu, Dato’ Mohd Nor Hamzah berkata, rombongan dari Terengganu telah disambut penuh mesra oleh DPRD Bandung Barat, H.Muhammad Mahdi (S.Pd) bersama barisan pimpinan serta ahli dewannya.

Ujarnya, kunjungan terbabit telah membuka ruang untuk berkongsi dan bertukar pandangan mengenai amalan terbaik dalam pengurusan lgistatif.

“Lawatan ini turut memberi peluang kepada kedua-dua pihak turut memberi peluang kepada kedua-dua pihak untuk meneroka potensi kerjasama strategik dalam bidang pembangunan komuniti, tadbir urus, dan pendidikan sivik.

“Semangat keterbukaan dan ukhwah yang terjalin diharapkan akan menjadi asas kepada hubungan dua hala yang lebih kukuh antara Terengganu dan Bandung Barat,”ujarnya selepas mengadakan Lawatan Bermaklumat Ke Pejabat DPRD, di sini, baru-baru ini.

Turut hadir, Timbalan Yang Dipertua DUN Terengganu, Khazan Che Mat serta Setiausaha DUN Terengganu, Zuwislan Awang.

Dalam pada itu, Mohd Mor menyifatkan lawatan itu merupakan satu pengalaman berharga dan inspiratif.”Mencerminkan komitmen bersama untuk memperkukuh institusi demokrasi dan membawa manfaat kepada rakyat,”ujar beliau.