Home Berita PAS Sabah

Terap nilai Islam dalam keluarga

156
SHARE

Oleh: Nur Marlyannah Umar
20 Februari 2023

LAHAD DATU: Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Al Falah telah menganjurkan program Hari Keluarga di Pantai Payang selama 2 hari, 1 malam berakhir semalam.

Ahli Majlis Daerah Lahad Datu, Nizam Latuah mengharapkan agar ibu bapa sentiasa menerapkan nilai-nilai Islam dalam keluarga sepanjang masa meskipun semasa beriadah.

“Ibu bapa bolehlah mendidik anak-anak cara menjaga kebersihan tempat riadah kita kerana Islam itu sangat menitikberatkan perihal kebersihan.

“Ibu bapa juga perlulah menunjukkan contoh tauladan yang baik untuk anak-anak ikuti dan contohi, serta sentiasa terapkan nilai-nilai Islam dalam keluarga,” ujarnya semasa majlis penutupan.

Sementara itu, Pengerusi Jemaah Ibu Bapa dan Guru (JIBG) Salman Habba berkata, sambutan dan kehadiran program pada kali ini sangat menggalakkan dengan dihadiri lebih 70 orang ibu bapa, keluarga dan murid.

“Program dimulai dengan solat Maghrib berjemaah kemudian tazkirah Israk Mikraj yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Ihsan dan seterusnya acara Musang Berjanggut,” ujarnya.

Pelbagai acara menarik diadakan seperti Lari Pening, Rebut Pingpong, Lari Ketam, Pecah Belon, Rantai Kasih dan Semakin Jauh Semakin Sayang.

Turut hadir memeriahkan program, Pengerusi PASTI Lahad Datu, Landari Labobo.