Home Berita Dewan Ulamak PAS Pusat

Teladani Sirah Pembukaan Kota Mekah, Hari Ini Hari Kasih Sayang Dan Bukannya Hari Balas Dendam

1229
SHARE

Teladani Sirah Pembukaan Kota Mekah, Hari Ini Hari Kasih Sayang Dan Bukannya Hari Balas Dendam

Oleh: Faris Mahfuz

Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mengajak rakyat Malaysia supaya merenung satu kisah pembukaan Kota Mekah sebagai pedoman dalam menghadapi keputusan PRU 14.

Beliau menjelaskan, semasa Nabi Muhammad SAW telah berjaya menawan Kota Mekah dan mengalahkan musuh-musuhnya yang pernah membunuh bapa saudaranya, membunuh keluarganya dan membunuh sahabat-sahabatnya yang setia.

“Baginda menyuruh para sahabatnya beramal dengan slogan ‘Hari ini hari kasih sayang’. Hari untuk menyelamatkan manusia dan bukannya hari untuk membalas dendam.

“Apabila ada salah seorang sahabat meniupkan slogan lain ‘Hari ini hari nak cari lawan kita’, maka Nabi Muhammada SAW menurunkan bendera (panji Islam) dari tangan Baginda dan mengambil tindakan disiplin terhadap sahabat tersebut.

“Kemudian, baginda masuk ke Mekah dalam keadaan tawaduk kepada Allah SWT dan mengajak penduduk-penduduk Mekah berhimpun setelah mana dilakukan perintah berkurung selama beberapa hari.

“Dalam perhimpunan tersebut, Baginda tanya adakah kalian tahu apa yang akan aku buat kepada kalian?

“Mereka yang datang itu dalam keadaan menyerah kalah dan menunggu apa sahaja arahan atau tindakan yang akan Baginda kenakan kepada mereka.

“Tiba-tiba Baginda berkata ‘Pergilah kamu semua, kamu semua dibebaskan, kamu semua diampunkan’. Hasilnya, musuh-musuh yang keras itu bersama dengan Islam. Kembali kepada Islam. Inilah perjuangan kita.” jelas beliau.

Beliau berkata demikian semasa majlis pengumuman ‘Keputusan Pilihan Raya PAS Negeri Terengganu’ bertempat di Dewan Tok Guru, Rusila, Marang, Terengganu pada pukul 10.00 pm semalam.