Home Berita PAS Perak

Tayangan Skrin Besar Eratkan Hubungan Bersama Masyarakat

887
SHARE

Tayangan Skrin Besar Eratkan Hubungan Bersama Masyarakat

BUKIT GANTANG , 21 OKTOBER – Bersempena perlawanan separuh akhir Piala Malaysia antara pasukan Perak dan JDT , Lajnah Kebudayaan , Kesenian dan Sukan ( DACS ) bersama-sama Dewan Pemuda PAS Bukit Gantang telah bekerjasama untuk mengadakan tayangan skrin besar kepada para peminat bolasepak sekitar Parlimen Bukit Gantang yang tidak dapat pergi ke stadium pada 21 Oktober yang lalu.

Kehadiran masyarakat Bukit Gantang yang cukup ramai bagi membarakan perlawanan separuh akhir bola sepak Piala Malaysia sememangnya di luar jangkaan.

Pengarah program , Saudara Mohamad Zamzuri Muhamad Zahari berkata, disebabkan sambutan yang menggalakkan tersebut maka program ini akan diteruskan pada masa akan datang.

Menurutnya, program tayangan menerusi skrin besar itu telah diadakan di tiga tempat berlainan secara serentak iaitu di Restoran Sharif ,Sg. Kerang bagi DUN Trong , Restoran Ieman Char Koewtiow bagi DUN Changkat Jering dan Markaz Kurnia Jaya bagi DUN Kuala Sepetang .

Program diserikan dengan kehadiran YDP PAS Bukit Gantang , Ustaz Muhammad Faisal Abdul Rahman , Ustaz Nordin Jaafar dan Tuan Haji Rahim Ismail yang menyampaikan amanat kepada anak muda semasa tamat separuh masa perlawanan.

Di samping memberi peluang kepada penduduk setempat merasai semangatnya kesukanan, program ini juga merapatkan ukhwah sesama anak muda dalam parlimen Bukit Gantang .